Bercuti ke Tokyo, Jepun Hari ke-4

Friday, June 12, 2020

Hari keempat di Tokyo, kami dah plan nak jalan-jalan di Ginza dan Odaiba. Tapi sebelum tu nak jugaklah merasa pakai Kimono, pakaian tradisional Jepun, di Japan National Tourism Organisation (JNTO).


Pemandangan dari rumah kami

 

Mai dah ready nak explore bandar Tokyo hari keempat. 

 

Kak Zaza pakai jacket dan jeans yang beli dari Lazada je.

 

Seawal jam 8 pagi kami dah keluar menuju ke Tokyo Station, untuk ke JNTO. Saja keluar awal-awal sebab nak jadi orang yang terawal pakai Kimono. Sebab dekat sini boleh pakai secara percuma, jadi takut orang ramai sebab tu yang pagi-pagi dah keluar. JNTO ni beroperasi dari jam 9am sampai 5pm. Cuma beberapa minit je dari Tokyo Station.

 

Dalam perjalanan ke stesen, singgah kejap kedai Don Quijote. Segala barang dan keperluan ada di sini.

 

Murah-murah jugak barang kat sini. 
 


Perjalanan ke JNTO dari Tokyo Station ni agak jauh jugak. Tak pasti samada kami keluar dekat exit yang betul atau tak. Kat Tokyo ni biasalah, memang kena berjalan banyak. 

Besar sangat stesen ni. Jenuh nak mencari pintu keluar.

Keluar je dari stesen, kagum betul tengok pemandangan dekat sini. Cantik dan bersih.


Jalan terus je dari tempat yang kami ambil gambar ni. Akhirnya jumpa jugak. Tapi sebab pemandangan kat sini cantik jadi tak lah terasa sangat kepenatan.
Uoll boleh dapatkan banyak maklumat mengenai negara Jepun di sini. Ada macam-macam info tentang tempat menarik yang boleh dilawati dan ada jugak pakej yang boleh diambil di sini.
 

Dekat sini boleh pilih sendiri design Kimono yang kita nak. Ada macam-macam corak, pening jugaklah nak pilih yang mana satu. Selain dari Kimono, ada jugak disediakan aksesori lain seperti kipas, selipar dan payung. Dan kami diberikan masa lebih kurang 15 minit memakai Kimono. Boleh keluar kawasan berdekatan JNTO untuk bergambar.

 
Suka sangat dengan ikatan reben ni. Comel kan.



Konichiwa

 








Ini antara pelancong-pelancong yang pernah datang ke sini dan kami salah satu darinya. Hehe, kalau datang ke sini silalah cari gambar kami.


Dah puas bergambar, kami bergerak ke Tokyo Imperial Palace. Cuma berjalan kaki je lebih kurang 5 minit dari JNTO. Ia merupakan sebuah taman yang besar dan di sinilah tempat kediaman Maharaja Jepun. Kami sampai-sampai je kat sini terus kagum dengan design bangunan di sini. Sangat cantik dan teratur. Terasa macam kat oversea. Hahaha memanglah kat oversea kan. Sebenarnya dalam plan asal, memang nak jalan-jalan kat taman ni. Tapi bila tengok taman ni besar sangat, dan bila memikirkan nak ke tempat lain pulak lagi lepas tu, dengan berat hati terpaksa batalkan hasrat tersebut. Kalau korang ada masa, silalah melawat taman ni. Yang kami ni dari tadi dok cakap cantiknya, cantiknya. Hahaha.

 



Dekat belakang tu ialah  Nijubashi Bridge. Jambatan yang popular dekat Imperial Palace







Ni depan pintu masuk Istana.




Cantik kan tempat ni.





Semua tempat pun cantik. Takda yang tak cantik. 






Ada macam Autumn In My Heart tak?


Selepas itu kami menuju ke Tokyo Station untuk ke Ginza. Semua ni dalam kawasan yang sama. 



Depan tu lah Tokyo Station. Cantik kan design dia. Kat depan ni memang ramai yang ambil gambar.

 

 




Kami pun tak lepaskan peluang ambil gambar dekat sini untuk kenang-kenangan.



Dalam Tokyo Station ni memang ramai orang. Kalau lihat dalam gambar ni, yang pakai baju merah tu macam helpe yang boleh berbahasa English. Kita boleh je tanya mereka kalau tak pasti laluan stesen yang betul.

Dah puas berjalan dan bergambar di sini, kami pun terus menuju ke Ginza.  Kat sini, kalau setiap hari Sabtu dan Ahad, jalan akan di tutup dari tengahhari sehingga pukul 5pm. Jadi, kami ambil kesempatan sempena hari Ahad, untuk ke sini. Tapi sebelum tu, lunch dulu dekat restoran Tempura Shinjuku Tsunahachi Ginza.

Restoran ini terletak dekat Matsuya Ginza, tingkat 8. 




Kedai ni takda Halal certificate, tapi Muslim Friendly. Tiada pork dan sake dalam masakan.



Kami order Tempura. Ada cara rupanya nak makan Tempura ni. Kalau ikutkan, nak makan macam style melayu je. Hehe.


Dah lah tengah sejuk, makan Tempura panas-panas memang sedap.










Sedap Sweet Potato ni. Macam Keledek Goreng pun ada jugak.


Ni favourite Kak Zaza dekat sini. Aiskrim Tempura.

Lepas dah puas makan di sini, kami bergerak ke Ginza, Cuma luar dari bangunan ni je. Memang kagum lah dengan design bangunan sini. Kalau suka dengan barangan berjenama bolehlah singgah shopping dekat sini. Kat sini banyak sangat butik-butik yang menjual pelbagai jenama.







Dekat sini, jalan raya ditutup weekend dari pukul 12 tengahari sampai 5 petang. Sebab tu kita bebas je nak buat apa kat jalan raya ni.











Amboi, laju je Mai masuk kedai.




Kemudian kami bergerak ke Odaiba. Untuk ke sini kami naik tren di Ginza menuju ke Shimbashi stesen. Dari Shimbashi Stesen, kami pergi ke Odaiba Kaihinkoen stesen. 





Dalam perjalanan ke Odaiba, menaiki monorel. Muka masing-masing dah kepenatan je.

Apa yang menarik di Odaiba? Di Odaiba ni ada beberapa shopping mall yang menarik seperti Aquacity Odaiba dan Leisureland dan di sinilah terletaknya patung Gundam. Tapi, sebab kami sampai cuaca dah gelap dan semakin sejuk sampai ke tulang, kami cuma jalan-jalan di Aquacity je. Tak sempat nak round-round keseluruhan Odaiba. Padahal, masih petang, tapi dah rasa macam pukul 10 malam,









Dah penat berjalan kat sekitar sini, kami ambil keputusan untuk ke Shibuya. Saja nak menikmati suasana malam di sini. Lagipun ini merupakan malam terakhir kami menghabiskan masa di Tokyo. Esok dah nak kembali semula ke Malaysia. 

Tak puas semalam jalan dekat Shibuya. Malam ni kita jalan puas-puas ye. Hehe.



Dekat sini sempat jugaklah beli jam tangan Baby-G. Orang kata kalau pergi Jepun, jam G-Shock wajib beli. Sebab harga dia memang jauh lagi murah dari di Malaysia. Tapi memang rambang mata tengok jam cantik-cantik, dan harga boleh dapat dalam RM200 lagi murah dari di Malaysia. 

Sampai je rumah, masing-masing dah kepenatan. Maklumlah, dari pagi sampai lah ke malam berjalan. Nak kena kemas luggage pulak sebab esok pagi kami plan nak ke Disneysea. Destinasi terakhir kami sebelum pulang ke tanahair.

Nantikan cerita seterusnya ya.

Baca juga kisah hari ketiga di sini



 

 

 

 

 



You Might Also Like

1 comments

Followers

Total Pageviews