Sehari bersama Premium Beautiful Expert

Friday, August 10, 2018

Sebenarnya aktiviti ni berlaku masa bulan puasa hari tu tapi baru je nak up. Ha, nampak tak busy sangat sampai peram cerita. Banyak ni nak diceritakan, so kalau korang nak tau just stay tune ye :)

Kak Zaza memang dah plan nak jumpa dengan diamond in the making, Lily. Lily ni salah seorang protege Kak Zaza yang sangat rajin. Kalau kita kata A, dia memang buat A, di samping dengan idea-idea beliau yang sangat creatif. Kira sejuk lah perut mak tiri dia ni. Haha.


Malam tu, mentor KakZaza, CDM Sal mesej tanya Kak Zaza buat apa esok. So, kita pun ceritalah apa plan esok. Rupanya Sal nak ajak pergi solat tasbih esok kat surau di Gombak. Rasa macam best jugak kalau join. Yelah, inilah masanya nak bersihkan kolam hati yang selama ni terlalu banyak sangat kotoran kan. So, bila orang dah ajak untuk ke majlis ilmu, kita pun on je. Sal janji nak temankan KakZaza untuk aktiviti lepas tu. Yahooo.





Kak Zaza rasa bertuah sangat dapat berada dalam majlis ilmu ini. Semoga ilmu yang KakZaza terima ini dpaat KakZaza gunakan sebaik mungkin. Kalau ada peluang macam ni lagi, pasti takkan tolak untuk hadirinya.


Mira pun ada jugak. Masa ni Mira tengah final exam, pun sempat luangkan masa. Hebat kan budak sekarang. Tengah belajar pun boleh buat business dan ada income sendiri. Kalau masa KakZaza dulu, kalau kerja part time pun kerja jadi cashier atau salesgirl kat supermarket. Mana lah ada masa kan nak buat kerja macam tu. Penat pulak. Sekarang ni boleh buat online je. Senang. Sebelum nak tidur pun boleh je bukak kedai online kejap.



Ni candid dari CDM Sal. Amboi muncung mulut tu kusyuk bebenor dengar ceramah dari ustazah.



Alhamdulillah, selesai sudah solat tasbih untuk hari ini. Thank you CDM Sal ajak KakZaza join sekali.



CDM Kak Rohana pun ada sekali. Suka tengok air muka KakNa ni. Lembut dan tenang je kan. Tapi bila sekali beliau bukak mulut pasal business, memang melopong lah kita yang mendengarnya.




Slim KakNa sekarang! Nanti KakZaza sharekan cara beliau turunkan berat badan. Yang pasti sangat senang tanpa perlu berlapar atau pun exercise melampau. Semua orang pun boleh buat. Simple sangat!


Alrite dah selesai bersihkan kolam jiwa, jom pecut terus untuk aktiviti seterusnya. Nak jumpa bakal diamond di Subang Jaya.



Ha inilah Lily yang KakZaza cakapkan tadi tu. Protege yang sangat rajin. Untung sangat siapa yang join team Lily. Mesti akan jadi rajin macam beliau. Lily ni asal dari Sabah, tapi bekerja di Subang.




Thank you sangat CDM Salleha sebab turun padang bantu mantapkan team KakZaza. Tak dapat nak ungkapkan dengan katakata, keindahan berniaga dengan SHOM. Mentor sentiasa ada untuk bantu kita tak kira waktu. 


Ada yang nak join team KakZaza? 
KakZaza memang tengah mencari ramai agen di seluruh Malaysia dan Indonesia.

Jadi, kalau anda berminat, jangan segan whatsapp Kak Zaza sekarang

019 307 5397

You Might Also Like

2 comments

Followers

Total Pageviews