Premium Beautiful : The Running Diva Dengan Salleha Roslan

Wednesday, April 25, 2018

Waahh ni first time Kak Zaza join larian. Dulu adalah sekali masa lepas habis SPM, larian tahun baru dekat Dataran Merdeka. Lepas tu memang tak pernah langsung. Kan Kak Zaza dah kata, aktiviti bersukan atau bersenam ni Kak Zaza memang dah lama tinggalkan. Habis sekolah langsung takda aktiviti untuk kecergasan.

Tiba-tiba haritu Sal tag Kak Zaza dekat post The Running Diva, ajak join berlari. Sebenarnya sebelum ni ada jugaklah dia cakap-cakap nak lari, tapi tak pernah secara serius, so Kak Zaza pun anggap dia sekadar main-main. Tapi kali ni tah macammana, Kak Zaza rasa macam dia serius pulak. Haha.

Kak Zaza terus je daftar nama kami berdua. Dan lepas tu, Kak Zaza langsung dah tak ambil tahu pasal larian ni. Teruk kan.

Beberapa hari sebelum larian The Running Diva ni, Sal mesej Kak Zaza ajak ambil running pack. Dan dia tanya Kak Zaza mana nak beli tutu? Adui, tutu pun Kak Zaza tak tau apa dia. Terus je google. Terkejut pulak, serius Sal nak pakai skirt pendek ni? Lepas tu dia kata, dia dah jumpa dekat dengan rumah dia, dan tanya Kak Zaza nak join ke beli? Lagipun tutu ni boleh custom made, nak buat labuh mana dan pinggang ngam-ngam dengan kita. So, Kak Zaza pun cakap, oklah bolehlah. Mula-mula nak color ungu, tapi takda pulak ungu macam warna tshirt The Running Dia, so Kak Zaza ambil hitam je lah. Kak Zaza pun mulalah menggoogle pasal The Running Diva ni. Oh, barulah faham, konsep larian ni. Kena pakai ala-ala diva.



Lepas ambil pack larian, pergi shopping jap cari seluar nak pakai untuk lari. Sal bersemangat beli kasut putih ada bling-bling. Nampak tak roh diva dah masuk dalam badannya.



Sal terjebak makan makanan korea. Hihi


Kak Zaza ambil peluang ni untuk dengar plan terbaru bisnes ni. Alamak, teruja betullah. Rasa tak sabar nak buat sebab kalau buat ikut plan tu, memang lepas 6 bulan Kak Zaza nak berhenti kerja terus. Doakanlah Kak Zaza berjaya ya.


Esoknya pagi-pagi Kak Zaza dah ready untuk diambil Sal. Kami sampai lambat masa larian. Lebih kurang setengah jam lewat. Ni semua sebab penat shopping semalam sampai tak sedar nak bangun pagi. Sampai-sampai tengok semua dah berlari. Ha, diva sangat kan kami ni sampai datang lambat. Hehe.


Rupanya takdalah jauh sangat 5km ni. Oklah. Walaupun penat lah jugak sebab dah lama tak berlari, tapi tak sangka Kak Zaza berjaya habiskan larian ni. Rupanya seronok. Patutlah ramai yang join aktiviti ni. Ha, mungkin boleh join lagi next time.




Jangan ambil pic saya please :p




Ha kan dah kata. Tak sia-sia lah mencari kasut dan seluar semalam. Memang dah macam diva betul. Nyesal pulak KakZaza tak prepare awal-awal. Hahaha.


 Tengah beratur nak ambil sijil



 Tah apalah yang Kak Zaza tunjukkan dekat Sal. 




Sambil beratur tu, sempat jugaklah Sal bagi tips berniaga. Ha, untungkan keluar dengan mentor. Kat mana-mana je ada je tips yang beliau nak sharekan. Memang tak pernah jemu kalau bercakap tentang biz ni.




Ni dah kenapa pulak ni? Hahaha. Bila tengok balik gambar-gambar masa ni memang nak tergelak je. Ni tengah berzumba. Lepas berlari, diadakan aktiviti zumba untuk semua peserta. 






Kenapa gaya kami tak sama ni? 

 Macam-macam gaya ada



Undilah saya. Hahaha




Tak sia-sialah mencari kasut dan seluar semalam. Tahniah Sal sebab menang best dress untuk hari tu. Kita tumpang glamour awak lah. Hehe.



Memang patut pun menang best dress. Dah macam diva sangat ni.


Tengah tengok hadiah yang Sal dapat. Ada banyak sangat tu.


Yeayy berjaya tamatkan larian 5km.





Kami berlari dengan pakai Premium Beautiful corset! Ha, serius best. Banyak hilang kalori. Sebab sebelum ni ada jugak yang tanya, boleh ke nak exercise pakai corset Premium Beautiful. Ha, jawapannya boleh ye sayang-sayang semua. Kami ok je berlari dan berzumba dengan corset. Corset Premium Beautiful tak menghalang langsung pergerakan kami untuk melakukan sebarang aktiviti. Tak betul kalau ada yang kata badan jadi keras macam robot. Sebab korset Premium Beautiful ni mempunyai kuasa regangan 360 darjah.

Kalau uolls berminat nak tau pasal corset ni, boleh je contact Kak Zaza. Kita bagi free consultation dan kalau nak tengok secara live Premium Beautiful ni pun boleh. 



Thank you The Running Diva Malaysia for this fun.


Terus je claim voucher hadiah.



Diva yang baru nak up. Hehe



Balik dari berlari dan berzumba, terus rasa lapar. Kami makan dekat Restoran Cikgu Hashim, Kajang. Kak Zaza makan murtabak. Serius sedap murtabak ni. Tapi portion banyak. Boleh makan berdua. 



You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews