Day 4 : Bercuti Ke Seoul, Korea
Monday, August 28, 2017
Hari ke-4 di Seoul. Hari ini kami dah plan nak ke Nami Island.. Salah satu tempat wajib yang memang kena pergi bila datang ke Korea..
Perjalanan ke Nami Island ambil masa yang lama, sebab ia terletak di luar Seoul... So, hari ni kami memang kena ada stamina dan mental yang kuat, lah sebab kena bertukar tren dan kena berhati-hati sebab takut tersilap tren.... Hehe...
Seperti biasa kami bersarapan dulu dekat hotel.. Hotel ni memang sediakan menu yang sama je setiap hari.. Hehe..
Sementara tunggu Ayu and the geng siap makan, kami bergambar dulu dekat hotel sebelum memulakan perjalanan yang jauh ni..
Cara nak ke Nami Island, menaiki subway, dari Hoehyeon station, ambil tren menuju ke Dongdaemun History & Culture Park, line 4... Kemudian kena tukar line 2, dan ambil tren menuju ke Sindang station untuk sampai ke Wangsimni station. Bila sampai ke Wangsimni station, tukar ke Jungang Line, ambil tren menuju ke Cheong-nyangni untuk Mangu station.. Dah sampai Mangu station, tukar ke KYEONGCHUN LINE dan ambil tren ke Galmae station untuk ke Gapyeong station.. Dah sampai ke tempat untuk naik bas ke Nami Island.
Ha, macammana? Complicated tak? Hehe... Tapi sebenarnya takdalah susah sangat, kalau kita faham baca laluan subway. Kalau nak lagi senang, boleh je donwload application subway di Korea.. Tapi jangan risaulah, tak susah mana bila kita berada dalam situasi tu. Kak Zaza pun mulanya macam tak confident jugak tapi, sampai juga tanpa sebarang masalah pun hanya berpandukan laluan seperti dekat atas tu.
Untuk ke Nami Island, ada 2 pilihan, samada naik teksi atau bas.. Kak Zaza pilih naik bas... Tambang bas cuma KRW6,000, dan tiket ni unlimited tau.. Boleh guna sepanjang hari untuk pergi ke tempat lain. Kalau uoll ada dapat voucher dari KTO Malaysia, bolehlah guna tiket ni, dapatlah murah sikit cuma bayar KRW2,500 je..
Laluan bas Gapyeong
>Gapyeong Station (Train Station) <-> Jarasum <-> Gapyeong Rail Park <-> Nami Island <-> Petite France <-> Cheongpyeong Bus Terminal <-> Cheongpyeong Station <-> The Garden of Morning Calm
Bas ni memang ada jadual dan memang on time. Satu perkara yang Kak Zaza sangat suka dekat Korea ni sebab bas dia memang sampai pada waktu yang ditetapkan, dan terus je jalan tak tunggu sampai bas penuh pun...
Beratur untuk naik bas... Tiket bas beli dekat driver bas..
Di hadapan Gapyeong Station... Keluar je dari sini terus nampak bus station tu.. Sejukkk sangat masa ni. Dah lah selamba hari ni tak bawak pakaian tebal atau jaket.
Perjalanan ke Nami Island ambil masa lebih kurang setengah jam juga kalau tak silap. Driver bas akan turunkan kita dekat dengan pintu masuk untuk ke Nami Island ni. Kena jalan sikit je...
Dah macam rombongan je pulak rasanya. :p
Sampai sini ada tempat beli tiket dekat sebelah kanan. Dekat sini panggil visa untuk ke Nami Island. Visa berharga KRW8,000.
Cuaca dekat sini agak panas, tapi berangin. Tu yang rasa sejuk tu.
Yeahhh cherry blossom... Masa time Kak Zaza datang ke Seoul ni memang bunga sakura ni dah jarang kelihatan, cuma ada saki-baki je.. Tak sangka dekat sini masih ada lagi.
Lepas dah dapatkan visa, bolehlah naik feri untuk pulau buatan ini. Feri ni pun ada waktu laluannya dan memang on time.. Nasib Kak Zaza baik, sampai-sampai je memang feri dah sedia menanti. Jadi, tak perlu tunggu lama...
Kita berdiri dekat bendera Malaysia, lah ye :)
Dah sampai ke Nami Island... Yeahhh.... So apa aktiviti dekat sini? Bergambar sakanlah kan...
Kepada peminat drama Winter Sonata, mesti excited datang sini sebab dekat sini merupakan salah satu tempat lokasi penggambaran drama ini. Tapi, malangnya Kak Zaza bukan salah seorang dari mereka. Hehe..Tapi, tetap excited je bila datang sini..
Winter Sonata first kiss.
Dah puas bergambar, singgah kejap makan dekat salah satu restoran halal di sini, dekat Asian Cuisine. Dekat sini ada pelbagai menu dari negara Asia, tapi dah berada dekat Korea, kita order makanan Korea, lah...
Tapi pendapat Kak Zaza, kat sini, tak sesedap makanan dekat Eid restaurant dan Halal Kitchen..
Lepas makan, sambung lagi jalan-jalan dekat sini.
Tengah bergambar-gambar tu, tiba-tiba ada seorang photographer Korea nak ambil gambar kami untuk koleksinya. Hehe, jadi model kejap kami. Tapi lupa nak mintak copy gambar tu.
Sampai kena beratur nak ambil gambar dengan statue pelakon Winter Sonata :p
Kami berada dekat sini lebih kurang 3 jam je, sebab takut tak sempat nak ke destinasi seterusnya, Petite France. Nak ke Petite France, ambil bas yang sama tadi, di tempat driver turunkan masa sampai ke Nami Island tadi. Tunjukkan je tiket yang sama dekat driver bas untuk ke Petite France.
Harga tiket masuk 8,000KRW.. Tapi Kak Zaza dah beli tiket siap-siap dari Malaysia lagi dengan harga 6,000KRW je..
Nak tau lagi lanjut, boleh tengok dekat link ni.. Ada banyak sangat diskaun boleh beli...
Seoul Vicinity: Nami Island + Petite France + Garden of Morning Calm Day Tour
Sampai di sini Kak Zaza cuma ada masa lebih kurang sejam je, sebab Petite France tutup pukul 6 petang. Peminat-peminat Running Man, mesti dah biasa tengok tempat ni kan. Hehe...
So, kita teroka lah apa yang ada dekat sini ya.
Alamak mesin jahit mak pun ada dekat sini.. :p
Puppet show.
Sampai dah tutup gate Petite France ni, so terpaksalah kami balik. Nak balik, masih ambil bas yang sama untuk ke Gapyeong Station, dan selepas itu naik tren sama seperti nak datang tadi.
Tapi, kami sempat singgah dulu ke Dongdaemun, turun di Dongdaemun History & Culture Park.
Wahh... Cantiknya design Dongdaemun Plaza ni. Memang kagum tengok.
Sejuk sangat cuaca malam ni. Kak Zaza dahlah tak bawak jaket, tahan je lah kesejukan yang memang sampai ke tulang. Pakai sarung tangan pun tak dapat menahan kesejukan.
Beli street food udang goreng. Sedap! Tapi sekejap je udang ni sejuk, padahal dia memang baru je goreng.
Dekat Dongdaemun ni, banyak kedai-kedai jual baju dan souvenir. Kalau nak dapatkan baju fesyen Korea, bolehlah dapatkan dekat sini.
Business di hujung jari. Sempat juga order masuk. Terima kasih yang sudi membeli dari Kak Zaza. Love you.
Ok, itulah kisah hari keempat Kak Zaza di Seoul. Esok, cadang nak ke Namsan Tower dan Gangnam.
So sampai sini dulu untuk hari keempat.. :)
0 comments