Rain The Squall Dekat Genting Highlands

Wednesday, November 30, 2016

Throwback May'16

Tak sangka dapat tengok konsert Bi Rain, penyanyi dan actor terkenal dari Korea ni. Bulan May lepas, Rain telah mengadakan tour concert di Arena Of Stars, Genting Highlands.

Lepas je organiser launch tiket, terus Kak Zaza beli tiket dan terus book bilik dekat First World Hotel dari website Genting. Harga bilik untuk 1 malam agak mahal juga, RM160.00 sebab bilik kat sini boleh je dapat dari RM60.00, tengok waktu-waktunya jugak. Mungkin time konsert Rain ni, adalah waktu peak season, tu yang agak mahal tu.

Kalau anda nak tengok rate bilik dan nak buat booking, boleh pergi dekat website Genting


Dekat sini, anda juga boleh terus je beli tiket admission untuk ke indoor theme park, dan event yang berlangsung dekat sini. 

Pagi Sabtu 21 May tu, Kak Zaza gerak ke Genting Highlands seawal jam 8.30 pagi. Dari KL ke Genting ambil masa lebih kurang 50 minit perjalanan (Kalau ikut cara pemanduan Kak Zaza, lah.. Hehe) Kak Zaza tak drive sampai ke atas, park kereta dekat terminal skyway tu, dan naik cable car untuk ke atas. Parking kat sini covered, dan free je.

Cuaca dekat Genting pagi itu berkabus. Sejuk sangat dengan angin kuat. Tapi seronok jugak sejuk-sejuk macam ni.




Jalan berkabus. Masa drive ni memang tak nampak langsung apa yang ada kat depan. Terasa macam horror movie pulak. LOL.


Bila Kak Zaza update je status dekat Facebook ke Genting, ramai ingatkan Kak Zaza ni celebrate birthday dekat Genting. Kebetulan, konsert Rain sehari lepas birthday Kak Zaza. So, kiranya macam the best present ever lah sebab dapat tengok Rain live :)


Ni dekat Skyway terminal. 

Pagi tu tak ramai sangat orang. Mungkin masih awal kot, orang belum ramai lagi.
Oh ye, tiket untuk naik skyway ialah RM6.40. Dari skyway nak ke atas, ambil masa lebih kurang 20 minit. Dari terminal tu nak jalan ke First World Hotel pun ambil masa lama jugak. Dalam 20 minit jugak kalau tak silap.

Dalam cable car. Basah cermin tu bukan sebab hujan, tapi sebab cuaca berkabus dan berembun.



Dah sampai kat atas :)







Sejukkknyaaaa.... Berkabus kat atas ni. Sampai tak nampak apa. Masa ni rasanya sejuk sampai ke tulang.


Tengoklah kuatnya angin masa ni.



Nasib tak tercabut shawl ni kena tiup angin.



Masa ni rasa macam nak terbang kena tiup angin. Haha




Dalam perjalanan ke hotel ada poster ni. Fuh excited gila masa ni. Tak sabar nak tunggu malam.



Dah sampai dah First World Plaza. Sentiasa je ramai orang kat Genting ni. Walaupun outdoor themepark tutup untuk renovation, tapi tetap ramai je orang. Dan ramai pelancong dari China kat sini.

Kak Zaza sampai dekat hotel lebih kurang pukul 11.00 pagi, so Kak Zaza terus je check in bilik. Waktu check in kat sini jam 3pm, tapi sebab dah sampai awal, terus je la check in. Boleh lah simpan bag kan. Dekat sini semuanya guna kiosk je nak check in. Ikut je arahan dekat skrin tu. 

Nak check-in pergi dekat mesin ni ya. Jangan risau, sebab kiosk ni memang banyak disediakan dekat sini.


Masukkan je Mycard untuk Malaysian, kalau foreigner masukkan passport, dan keluarlah booking number kita. Just click kat situ dan ikut je arahan seterusnya. Kalau nak buat booking baru kat sini pun boleh. Senang kan? Disebabkan Kak Zaza buat early check-in, jadi kena bayar additional RM5 dan bayar melalui kiosk ni juga.

Selepas itu, kita akan dapat key-card, dan resit kecil yang menunjukkan nombor bilik kita. Ok, dah siap check-in. Simple dan senang kan?







Sebab kami ambil standard room je, so tak disediakan kettle, tea & coffee making facilities ataupun mineral water. Kalau nak buat coffee atau tea, ada dijual dekat vending machine dekat lobby. Kat setiap floor juga ada disediakan water dispenser so takda masalah lah nak buat air. Jug dan 2 gelas disediakan. Tapi, sebab kami pun cuma tinggal 1 malam, so takdalah menjadi masalah sangat pun.


Dah lepas merehatkan diri dan jalan-jalan sebentar dekat First World Plaza, time untuk lunch pula.. Dekat sini memang banyak tempat makan. Untuk lunch, kami makan dekat Food Factory. Restoran ni dekat tingkat 3 First World Plaza. Hi-tea buffet dari jam 1pm ke 5pm, dan cuma RM38 net je per person. Memang banyak sangat pilihan makanan, pilih je nak makan apa. Dari asian sampailah ke western food. Dan, setiap gerai ni, memang semuanya sedap! Memang recommended lah dekat uoll kalau tak tau nak makan apa kat Genting ni. Sebab, pilihan makan yang banyak dan harga pun murah juga.


Food Factory dekat tingkat 3.



Selesa sangat restoran ni








Semua makanan pun sedap!


Dah lepas makan, kami pun terus balik ke hotel rehatkan diri. Ruangan bilik ni memang kecil, nak solat pun, kena cari ruang yang sesuai. Terfikir jugak Kak Zaza, kalau orang yang bersaiz besar seperti orang eropah ke, macammana lah mereka guna bilik mandi dan tandas kat bilik ni. Sebab Kak Zaza yang kecil ni pun, macam rasa tak muat je.. Hehe...

Lepas maghrib, terus je bergegas ke Arena Of Stars. Tiket konsert memang dah collect siap-siap dekat KL, Agak jauh juga jalan dari First World ke sini. Ambil masa lebih kurang 20 minit jugak. Memang penat lah berjalan, naik turun escalator. Nak lagi memudahkan anda kalau nak tengok event di sini, bolehlah ambil bilik dekat Maxim. Tak perlu lah nak jalan jauh sangat kan.







Orang dah semakin ramai membanjiri hall ini. Excited lah masing-masing. Ye,lah dapat tengok Rain secara live kan. Kak Zaza mula kenal Rain ni, masa Kak Zaza tengok award dekat dalam TV, dan Rain adalah artis yang membuat persembahan. Tapi, masa ni takdalah minat pun. Minat lepas tengok drama Full House. 

Konsert start jam 8.45pm Best sangat! Even konsert tu takdalah konsert besar macam yang Rain adakan di Seoul dan Hong Kong, tapi Rain sangat bersungguh-sungguh nak hiburkan peminat-peminatnya di Malaysia. Memang Kak Zaza kasi 5 bintang untuk The Squall!
Rain nyanyikan lagu-lagu popularnya seperti It's Raining, Hip Song, Love Song, 30 Sexy, I Do, La Song dan banyak lah. Semuanya memang lagu-lagu popular Rain.



Dan... OMG, kenapa comel sangat Rain ni? Dah lah dia suka buat macam nakal-nakal tu.. Tau tak, Kak Zaza ni melting bila tengok dia gelak-gelak tu.. Alahai... Haha...

Lebih kurang 2 jam konsert Rain ni.  Dah habis, tunggu jugaklah Rain dekat luar hall, kot lah dapat jumpa Rain. (macamlah dapat jumpa :p) Tapi, cuaca sejuk sangat dengan angin yang sangat kuat! Tak tahan pulak kesejukan. So, decide balik je lah. Cuaca malam tu mencecah 16 darjah. Patutlah kesejukan sangat..

Balik bilik, makan-makan jap lepas tu tidur. Esok nak bangun awal jugak, sebab check-out time pukul 11 pagi..

Dah alang-alang berada di Genting ni, Kak Zaza ambil kesempatan jugak nak jalan-jalan kat sini. Lagipun dah lama juga Kak Zaza tak datang sini. Untuk cerita hari kedua ni, Kak Zaza ceritakan dalam next entry ya.

So, sementara tu, kita layan dulu lagu La Song dari Rain.. Hehe...


Credit : Youtube


You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews