TLC Amal 2016
Monday, July 25, 2016
Alhamdulillah. Pada bulan puasa yang lalu, Top Leaders Circle (TLC) telah mengadakan majlis amal khusus untuk mereka yang balik kerja di KL Sentral. Faham dengan situasi orang yang balik kerja pada bulan puasa, yang terkejar-kejar nak balik untuk persiapan berbuka puasa, jadi TLC prihatin dan telah mengedarkan hampir seribu iftar pack.
Sehari sebelum aktiviti dijalankan, kami sibuk menyediakan pack untuk diberikan kepada mereka yang melalui KL Sentral. Seronok pula bila berganding bahu bekerjasama buat aktiviti seperti ni. Terasa macam kenduri kahwin pulak :p
Iftar pack dah ready! Fuh tak sabar masing-masing.
Syukur semuanya berjalan seperti yang dirancangkan walaupun terdapat beberapa masalah teknikal pada awalnya. Yang penting iftar pack telah berjaya diedarkan. Hopefully aktivti ini dapat diteruskan lagi di tahun hadapan, mungkin lebih banyak tempat akan kami adakan.
0 comments