Premium Beautiful Expert Di Akademi Pendakwah Muslimat 2016
Monday, May 23, 2016
Tak terlambat rasanya Kak Zaza nak ucapkan tahniah kepada Aqidah atau Ayu kerana berjaya menjadi naib juara pada pertandingan Akademi Pendakwah Muslimat 2016 yang berlangsung baru-baru ini.
Program ini yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Rancangan ini disiarkan menerusi RTM 1. Pentas final yang baru je berlangsung minggu lepas 14 May 2016 di Dewan Teater MBSA Shah Alam.
Kak Zaza tak lepaskan peluang untuk sama-sama beri sokongan pada Ayu. Bangga lihat kejayaan Ayu. Teruskan perjuangan Ayu sebagai pendakwah dan semoga usaha murni Ayu ini mendapat keberkataan dan keredhaanNya.
Ayu ini merupakan salah seorang Premium Beautiful Expert dan protege Kak Zaza. Tugas sebagai pendakwah tak langsung menghalang Ayu untuk berkongsi sama kebaikan produk dan membantu wanita untuk sama-sama sihat dan cantik.
Bangga bila lihat poster Ayu di antara finalis Akademi Pendakwah Muslimat
CDM Salleha pun turut sama berikan sokongan buat Ayu
Masa ni majlis belum bermula lagi. Sejuk tangan Ayu masa ni. Lagi gemuruh bila Ayu merupakan peserta pertama. Relaks ok Ayu.. Kak Zaza tau Ayu boleh.
Rancangan dimulakan dengan nyanyian nasyid Nahwan Nur
Lagu tema Demi Ummah dinyanyikan oleh Heliza Helmi dan semua perserta APM2016. Sedap lagu ni.
Acara dihostkan oleh Heliza Helmi dan PU Rahmat. Seronok dengar mereka berceloteh.
Bangganya lihat persembahan Ayu. Dan yang paling membanggakan, ketiga-tiga juri professional suka dengan persembahan Ayu, dan mendapat komen yang sangat positif dari mereka.
Dup dap dup dap. Berdebar nak tau pemenang. Kak Zaza yang berada di barisan penonton pun turut sama merasakan debarannya. Kelima-lima finalis masing-masing ada kekuatan tersendiri.
Alhamdulillah! Ayu dapat naib juara.
PB Expert team turut sama beri sokongan untuk Ayu.
Dari kiri Linda, Sal, Ayu, Ana, dan kakak Kak Zaza, Kak Nor.
Tahniah Ayu! You made it. Teruskan perjuangan Ayu. Semoga lepas ni Ayu berjaya sebagai tugas-tugas sebagai pendakwah dan sebagai Premium Beautiful Expert.
Sempat bergambar kenangan dengan Heliza Helmi. Comel sangat dia ni :)
Follow Ayu / Aqidah di
http://upaqidah.blogspot.my/
https://www.facebook.com/nur.a.mawardi
https://www.instagram.com/aqidah_mawardi/
0 comments