3 Tips Untuk Jadi Usahawan Berjaya

Thursday, May 12, 2016

Kak Zaza tertarik dengan tips yang diberikan oleh Irfan Khairi tentang bagaimana nak mencapai matlamat. Dan izinkan Kak Zaza untuk berkongsi dengan anda semua semoga boleh dijadikan panduan dan semangat untuk kita dalam usaha untuk menjadi usahawan yang berjaya.




Jangan Putus Asa

          Dalam mencapai apa saja matlamat yang besar, pastinya ada pelbagai cabaran dan dugaan. Akan terdapat waktu dan ketika apabila cabaran yang datang terlalu besar hingga membuatkan kita rasa hampir putus asa.

Waktu inilah yang paling kritikal untuk memastikan kita mencapai matlamat yang diimpikan. Ramai usahawan akan berhenti waktu stage ini dan give up kerana tidak tahan menghadapi dugaan. Namun, hanya orang yang tabah dan berdegil untuk tidak putus asa saja yang akan berjaya dan merekalah yang bakal mencapainya!



 Bina Jenama Anda

Amat penting dalam perniagaan untuk membina jenama anda sendiri. Dalam perniagaan yang penuh dengan persaingan terlalu banyak pelanggan, perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang berjaya membina jenama mereka supaya stand out from the crowd.



Mula Kecil Tapi Kembang Besar

Jangan malu untuk bermula kecil. Apa yang penting adalah untuk BERMULA. Mempunyai idea saja atau impian yang tinggi tidak akan menjadi kenyataan sekiranya tidak bermula dengan langkah pertama. Biar gagal apabila sudah bermula tapi jangan gagal untuk bermula. 


3 tips untuk jadi usahawan berjaya


You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews