Berniaga Tambah Pendapatan Dan Tutup Hutang
Tuesday, March 22, 2016
Berapa ramai antara kita yang berhutang? Kalau banyak sangat hutang pun, hati memang takkan senang dan tenteram. Dapat gaji hanya untuk bayar hutang saja. Untuk diri sendiri, tiada apa yang tinggal.
Terkesan sangat dengan perkongsian dari insan yang Zaza anggap sebagai idola yang juga merupakan seorang mentor dan sahabat, Salleha Roslan. Siapa sangka, di sebalik kejayaannya hari ini, tersimpan sejarah hitam dalam kehidupannya sebelum ini.
Empat tahun lalu, sebelum menceburkan diri dalam perniagaan ini, Salleha sama juga seperti insan lain, yang selalu je tak cukup duit untuk menampung kehidupan seharian. Anak pula masih kecil lagi waktu itu. Walaupun bekerja sebagai pegawai akaun lebih 10 tahun, tapi dengan makan gaji, apa sangatlah yang mampu dilakukannya ketika itu.
"Hutang bukan setakat keliling pinggang, tapi seluruh badan. Nak pinjam mak ayah malu.. Nak pinjam adik-beradik malu.. Nak pinjam saudara-mara lagilah malu. Nak pinjam bank? Semua bank saya dah pinjam. Pinjam Ah-long? Mungkin saya akan buat juga kalau tak terima business ini dulu. Kalau saya tak buat business ini, mungkin saya menanggung hutang dengan ah-long sekarang...
Dulu pernah ada ketika nak bayar duit rawatan hospital kerajaan RM5 pun saya takda duit. Sampai terpaksa minta staff hospital advance kan dulu...
Duit pampers anak.. susu anak... nasib baik dapat subsidi daripada mak mertua. Tapi sampai bila nak biarkan mak dan ayah menanggung hidup kami..."
Tapi, itu dulu.. Sekarang ni, Salleha dah boleh berbangga sebab berjaya tepis segala halangan dan cabaran dan sekarang ni dah tak terikat lagi dengan hutang yang membebankan. Sekarang ni dah bebas masa, dapat melihat anak membesar di depan mata, dan bebas kewangan. Nak berbelanja pun tiada kekangan. Itu memang impian setiap dari kita kan? Zaza sendiri memang impian nak bekerja di rumah je, dan nak ada kewangan yang kukuh. Bila nak berbelanja tu takda lah rasa semput, lemas atau rasa menyesal bila dah sampai rumah :p
"Kejayaan wajib dipaksa.
Jika malas, paksa diri jadi rajin...
Jika takda masa, paksa diri cari masa.
Andaikata tak tau, sila bertanya..
Andaikata tak faham, boleh belajar..."
Jika malas, paksa diri jadi rajin...
Jika takda masa, paksa diri cari masa.
Andaikata tak tau, sila bertanya..
Andaikata tak faham, boleh belajar..."
Beruntung sangat berada dalam pimpinan dua insan istimewa ini. Salha Zain dan Salleha Roslan memang menjadi sumber inspirasi untuk lebih berjaya. |
Tak berniat pun nak mengalirkan air mata, tapi rasa sebak dan terharu dengan kejayaan mentor sendiri. Zaza tau, beliau memang berkongsi dari hati, dan ikhlas dalam menyampaikan ilmu yang ada. Sikapnya yang sentiasa positif dan tak putus asa memang buat Zaza terharu.
"Thank you Zaza tak pernah putus asa untuk sama-sama berjuang.. Zaza boleh! Buat je sampai betul-betul jadi. Thank you sangat iringi Sal naik stage.. Thank you ada dari dulu sampai sekarang..."
|
Dan, terima kasih juga sebab sentiasa ada dengan Zaza dari dulu sampai sekarang. InsyaAllah, Zaza akan ingat pesanan Sal dan nak sama-sama jadi seperti Sal.
Zaza harap perkongsian ini dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada kita semua. Tak kiralah bagaimana kita bermula. Tapi, jangan sesekali berhenti jika belum sampai ke garisan penamat.
Dan, masih belum terlambat untuk kita mengubah masa depan kita. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang kecuali dirinya sendiri yang berusaha untuk berubah.
Nak belanja sikit video CDM Salleha ini. Be inspired :)
Business mentoring
Zazalina
019 307 5397
0 comments