Weekend Dengan Premium Beautiful Expert

Wednesday, January 27, 2016

Seronok pulak cuti minggu yang panjang. Kalau dulu seronok cuti panjang ni sebab nak berehat-rehat kat rumah, sambil marathon movie atau Running Man.. Hehe.. Tapi, sejak buat kerja 2 dalam 1 ni, weekend tertunggu-tunggu sebab nak buat aktiviti business. Sebab, time cutilah masa yang sesuai nak bersohobiz. Time weekdays, masa agak limited sikit. Tapi, walaupun bersohobiz (small office home office), Zaza masih ada masa lagi nak bermarathon movie, Running Man, atau nak bershopping dengan family dan kawan. Sebab, business ni tak ambil masa yang panjang pun. So, don't worry lah kalau kata susah nak berniaga sebab ada anak, ada tanggungjawab lain, sebab alasan tu orang kata dah tak boleh nak diterima pakai, sebab kami dalam TLC ni pun, bukannya buat kerja ni 24 jam, sampaikan takda masa nak buat aktiviti lain. Tepu lah jugak kepala otak kan kalau 24 jam asyik buat benda ni. Sesekali minda kita pun kena relaks.

Oklah, berbalik pada weekend Zaza minggu baru ni. Disebabkan, hari Thaipusam jatuh pada hari Ahad, maka dapatlah cuti 3 hari (Sabtu, Ahad dan Isnin)

Sabtu, team Zaza ada buat kelas tusyen untuk business ni. Huh, ingatkan zaman sekolah je yang ada tusyen-tusyen ni. Tapi dalam business ni pun ada. Kalau dulu tusyen untuk nak score dalam exam, sekarang ni, nak score dalam income pulak. Lagi best kan, sebab banyak sangat strategi macammana nak besarkan income sebulan. So, Sabtu lepas masa untuk refresh balik ilmu yang dah belajar di samping mempelajari ilmu baru. Irfan Khairi pun kata, kalau kita taknak keluar dari kehidupan selesa kita sekarang ni, maka kita pun tak dapat ilmu baru.

Mini seminar diadakan dekat Perpustakaan Shah Alam dekat seksyen 13. Hari tu banyak sangat yang Zaza perolehi. Dan insyaAllah, tahun 2016 ni, memang kena kerja keras sikit. Takpalah, berkorban sekejap 2-3 tahun, untuk hasil bertahun-tahun. Macam peribahasa melayu jugaklah, bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. Kalai tak sanggup nak berkorban sekarang, makanya, jangan mimpilah nak berimpian tinggi dan nak capai sesuatu.


Dengan Ayu, rakan kongsi Zaza yang juga merupakan seorang ustazah dan ibu kepada 2 anak. 






Lepas je habis seminar, terus Zaza bergegas ke Ampang pula jumpa client kat sini. Dan lepas tu boleh lah nak bersama family pulak.

Hari Ahad pula. Zaza ke Setiawangsa untuk business sharing. Ada orang yang berminat nak tau tentang business. 2016 tahun yang amat mencabar, dengan semua barang menghadapi kenaikan barang dan segala macam payment nak kena buat. Memang ramai yang nak buat side income sekarang ni. InsyaAllah, business yang kami buat ni boleh membantu kehidupan seharian. Cuma yang penting kena committed. Ada jugak orang tanya, modal nak pakai banyak ke? Well, actually memang dalam business modal tu merupakan perkara asas, tapi kalau boleh keluarkan modal tapi tak committed pun, susah juga sesuatu business tu nak berjalan kan. So, apa yang penting ialah modal insan.

Isnin, jumpa Angie, rakan kongsi di Klang. Sebelum tu selesaikan dulu urusan pengeposan untuk customer di Tawau, Sabah. Ini pun produk hot ni. Ramai betul mesej yang nakkan tilam BVSM ni. InsyaAllah, lepas ni badan dah tak sakit-sakit lagi, mood lebih baik, perjalanan darah lebih lancar dan memudahkan tugas harian.


Alamak, dah borak-borak dengan Angie lupa pulak nak ambil gambar kami berdua. Angie ni housewife. Tapi kalau dapat income sendiri dengan duduk di rumah sambil jaga anak, siapa taknak kan?

Balik dari Klang, terus ke Wangsa Maju berjumpa Ana. Ana ni macam pelepas segala masalah. Haha, kalau ada apa-apa, memang Ana lah tempat luahan segala macam perasaan. Dan dengan Ana jugak lah, segala macam persoalan tu dapat jawapannya. Best kan business bermentor.


Weekend walaupun penuh dengan jadual, tapi seoronok dan puas. Sebab sambil tu boleh bantu ramai orang. 

Fuh, tak sabar pulak nak tunggu weekend akan datang ni :D

You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews