Pelangi Selepas Hujan

Friday, December 18, 2015

Jangan berputus asa ketika menghadapi kesulitan.. 
Kerana setiap titis hujan yang jernih juga dari hasil awan yang gelap..

Its true.. Adakalanya semangat kita ni ada turun naik.. Macam graph.. Tak selamanya sentiasa bergerak ke atas kan. Tapi, yang menjadikan kita boleh bertahan disebabkan impian dan cita-cita yang tinggi, dan terasa amat ruginya jika kita berhenti separuh jalan. Alang-alang dah buat, teruskan je hingga ke penghujungnya. Macam dalam movie atau novel juga, akan hadapi kesulitan di awal dan pertengahan cerita, tapi endingnya memang happy, menarik, seperti mana yang kita rancangkan.

Zaza selalu ingatkan rakan-rakan kongsi Zaza yang lain, malah untuk diri Zaza sendiri juga, yang semangat kita ni memang kena kuat. Tepis segala rintangan dan halangan yang boleh mengganggu hala tuju impian kita. Bila kita nak capai sesuatu, semakin tinggilah dugaan yang akan kita tempuhi. 

Seperti pelangi yang muncul selepas hujan, begitu juga kejayaan yang kita kecapi. Manis takkan hadir tanpa melalui pahit getir


motivasi zazalina othman



You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews