Personal Coaching Dengan Mentor

Monday, October 26, 2015

Sesi personal coaching dengan mentor. Proses pembelajaran ni memang takkan habis dan tak pernah habis. Setiap hari memang ada saja benda baru yang kita belajar. Tak kiralah dalam apa bidang sekalipun. Sama juga dengan alam perniagaan yang Zaza ceburi sekarang. Memang nak sentiasa rujuk dengan mentor-mentor. Mentor ni ibarat guru lah. Kalau takda mereka, pincanglah aktivti Zaza. 

Ini kisah Jumaat lepas. Bila tau mentor memang free hari tu, terus book waktu dengan beliau. Appointment hari tu sebelah pagi, sebab taknak tersangkut dalam traffic jam sebelah petang waktu orang nak pulang ke rumah dari office. Dan beliau mintak Zaza datang ke rumahnya dekat Puncak Alam. 

Bila drive seorang diri ke area sana, memang Zaza rasa sangat terharu dengan pengorbanan mentor Zaza ni. Bayangkan, tinggal jauh dari kesibukan Kuala Lumpur, tapi tak pernah pun menghalangnya dari ke majlis ilmu setiap minggu di KL. Takda alasan sebenarnya nak berjaya. Dan selama ni selalu jumpa dekat KL je, bayangkan jauh jugak beliau nak beri ilmu dekat kami ni. 


personal coaching dengan mentor
Bersemangat nak belajar dengan mentor


Sebelum ke sini memang mentor dah share location. So, Zaza cuma ikut je arahan dalam waze tu. Sampai dekat area mana tah, Zaza pun tak pasti, waze ni asyik pusing-pusing kat kawasan tu jugak. So Zaza pun dah agak, ini memang something wrong lah ni. Terus mesej beliau untuk share location baru. Pun sama jugak.. Hehe memang cuak jugaklah sebab kawasan sekitar ni memang macam terpencil. Kedai pun takda nama.

Akhirnya sampai jugak ke tempat yang dijanjikan. Kiranya memang mencabar jugalah nak dapatkan ilmu ni. Tapi apapun syukur semuanya berjalan seperti mana yang dirancang.


personal coaching dengan mentor

Inilah mentor Zaza dalam business ni, CDM Salleha. Bertuah bermentorkan beliau ni sebab suka sangat melihat dirinya yang memang transform 360 darjah dari sebelumnya. Kehidupannya yang sebelum ni memang tak sama seperti sekarang. Tapi berkat dari tak pernah putus asa beliau bertekad untuk keluar dari kehidupan yang lama, dan sekarang ni beliau dah boleh berbangga memegang income 5 angka sebulan. Memang Zaza termotivasi bila lihat kejayaan beliau. Sebab itu, kejayaan yang dicapainya sentiasa menjadi sumber inspirasi untuk Zaza berjaya sepertinya juga. Sebab dalam business ni, cuma perlu duplicate gerak kerja mentor je.


personal coaching dengan mentor

Banyak juga berdiscuss hari tu. Banyak sangat tips yang dapat nak kembangkan empayar perniagaan ni lagi. InsyaAllah semoga semuanya dipermudahkan.

personal coaching dengan mentor
Seronok dengar cerita dari Salleha berkongsi kisahnya sepanjang berniaga


personal coaching dengan mentor
Tersama pulak style kami hari tu. Colour pun sama.


Lepas berjumpa mentor, nak berjumpa dengan rakan kongsi pula untuk monitor progress mereka.


You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews