Senaman Untuk Kecilkan Peha
Wednesday, April 08, 2015
Siapa yang suka peha besar? Rasanya kalau tanya setiap wanita mesti semua taknak kan. Memang masalah bila peha besar ni. Nak cari seluar memang bermasalah. Nanti tak pasal-pasal nampak bentuk peha yang berketul-ketul tu. Ngeri kan. Kalau peha kecil, memang nampak cantik je. Kat sini ada beberapa tips cara nak dapatkan peha yang cantik dan seksi yang Zaza ambil dari page Kevin Zahri. Mungkin berguna untuk kita dan boleh dijadikan panduan.
1. Kerusi bayangan
Berdiri tegak dengan bersandar ke dinding. Rehatkan tangan dan turunkan badan perlahan-lahan sehingga kedudukan badan seperti duduk di atas kerusi. Kemudian, cuba bertahan selama yang boleh sebelum berdiri tegak semula. Pastikan badan tegak semasa 'duduk'. Cuba capai selama 10 saat untuk permulaan dan bertahan selama 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Cuba buat 5 kali setiap hari.
Zaza dah cuba. Memang terasa otot-otot kat bahagian peha dan kaki. Lepas tu rasa ringan sikit dari sebelum ni.
2. Pergerakan menggunting
Yang ini, kita baring, tangan letak dekat kedua-dua sisi. Angkat kedua-dua kaki lebih kurang 45 darjah. Lepas tu silangkan kaki kanan dan kaki kiri seperti pergerakan menggunting. Lepas tu tukar pula kaki kiri bersilang dengan kaki kanan. Ulang selama 12-15 kali setiap set.
Yang ni pun Zaza dah cuba. Terasa tekanan kat bahagian peha.
3. Pusingan bulatan
Yang ni memang Zaza biasa buat ikut video aerobic. Caranya baring mengiring atas lantai dengan sebelah tangan ke atas (baring berbantalkan lengan) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut.. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.
4. Melompat di atas trampoline
Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan.
Yang ini Zaza tak pernah buat lagi. Mungkin boleh cuba pulak lepas ni :D
5. Pakai kasut tinggi
Selama ni tak tau pulak pakai kasut tinggi boleh kecilkan peha. Sebab ia boleh membentuk otot betis dan peha. Selama ni memang pakai sebab terasa diri yang tak berapa nak tinggi so memang pakai kasut yang tinggi lah. Tapi kasut tinggi ni sebenarnya boleh memberi kesan pada postur badan kita. Dan mungkin boleh mengakibatkan sakit belakang. Macam Zaza, tak risau sangat sebab memang pakai Premium Beautiful, memang baik untuk penjagaan tulang belakang. Lepas ni dah boleh usha kasut-kasut tinggi :D
Tapi kena konsisten lah. Apa-apa yang kita lakukan kalau tak konsisten memang takda hasil pun. Janganlah mengharap baru buat hari ni, esok dah kecil dah peha kita. Macam Zaza ni memang tak konsisten. Mula-mula je berkobar-kobar pastu esoknya dah malas nak buat. Beria-ia siap beli DVD aerobic tapi buatnya adalah setahun sekali. :p
Nasib baik ada cara yang paling senang dengan pemakaian long girdle dari Premium Beautiful ni. Lagi mudah, dekat office sambil buat kerja pun, ia membantu memecahkan lemak-lemak kita tu. Tak ambil masa pun sebab sambil pakai sambil buat aktiviti harian. Selain dari dapat mengecilkan peha, dapat juga membentuk pinggul dan perut pulak flat habis!
Antara ciri-ciri long girdle ni:
- 32 keping jahitan stereoskopik yang menggunakan teori tekanan untuk menumpu kembali lemak yang tersebar ke tempat asal.
- Reka bentuk di bahagian pinggul yang unik dapat memperbetulkan punggung yang kendur dan membentuk kontur pinggul yang lebih menarik.
- Membahagikan garisan di bahagian paha dan pinggul, menumpukan lemak yang berlebihan di paha ke dalam cawan pinggul dan seterusnya menghasilkan kontur pinggul yang menarik.
- Kapas yang ditambah pada bahagian dalam seluar dapat memperbaiki kontur pinggang agar kelihatan lebih ramping.
- Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.
- Mampatan yang tetap ke atas abdomen pada seluar di bahagian perut dapat memecahkan lemak yang berlebihan dan menyelaraskan perut yang menonjol.
- Reka bentuk yang menggunakan kuasa tekanan dapat menyelaraskan lemak di bahagian dalam dan luar paha, membentuk kontur kaki yang cantik.
- Penggunaan 2 lapisan kain kapas yang berongga membolehkan peredaran udara yang baik dan selesa dipakai. Ia direka khas untuk bahagian sulit kaum wanita.
- Penggunaan renda (lace) yang fleksibel dapat mengelakkan pakaian dalam daripada tergulung akan menghasilkan garisan-garisan di bahagian paha.
Kalau nak peha yang cantik dan seksi serta pinggul yang cantik, inilah jawapannya. Perut pun memang flat seflatnya :D
Good luck semua. Semoga lepas ni bertambah kecil lah peha kita :D
Your Premium Beautiful Expert,
Zazalina
019 307 5397
0 comments