Warna Ikut Hari

Thursday, March 12, 2015

Hari ni memang Zaza sengaja cari warna kuning atau oren untuk dipakai memandangkan hari ni hari Khamis. Ini kawan Zaza yang beritau. Beliau ni seorang guru kaunselor dan katanya warna mengikut hari boleh mempengaruhi mood seseorang. Katanya kalau nak aura sentiasa positif, kalau boleh pakailah warna mengikut hari. Sebelum ni kan Zaza ada share warna putih untuk hari Isnin kan supaya kita sentiasa bersemangat. So, hari Khamis pula dicadangkan untuk memakai warna kuning atau oren. Apa sebabnya ya?

Warna kuning atau oren ini dipercayai memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif. Warna ini memberikan keceriaan dan membuat kita bergerak aktif melaksana tugas dengan pantas. Warna ini juga mendorong tubuh kekal bertenaga dan cergas.

Patutlah hari ni rasa macam semangat tu lain macam sikit. :D

Hehe boleh cuba ya. Mana tau kalau selama ini kita rasa tak semangat tu, cuba pula pakai sesuatu tu ikut tema color ni. Mana tau rasa lebih bersemangat waja pula lepas ni.



Esok hari Jumaat, so kena cari sesuatu yang berwarna hijau untuk esok.. 



Ceria tak Zaza berwarna oren hari ni? :p

You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews