Formula 1 After Race Concert

Tuesday, March 31, 2015

Buat pertama kalinya tahun ni Zaza ke Sepang International Circuit menyaksikan perlumbaan kereta. formula 1. Hehe.. Macam kelakar pulak, sebab memang tak pernah mengikuti pun formula one ni. Tup-tup nak tengok live pulak kan. Zaza sendiri macam tak percaya je.. Jangan nak percaya sangatlah.. Yang sebenarnya, tujuan utama ke Sepang semalam bukanlah nak tengok car race sangat, tapi nak tengok konsert kpop lepas tu. Tiba-tiba je Zaza berkpop pulak. Takdalah, ini sebagai memenuhi permintaan my sis yang memang minat sangat dengan kumpulan Shinee. Dan semalam, Shinee membuat persembahan di Formula 1 After Race Concert dengan satu lagi kumpulan yang memang terkenal di Korea dan Malaysia sendiri iaitu Girls Generation. Seriously, Zaza memang tak kenal dengan ahli kumpulan ni. Zaza cuma kenal Min Ho, kumpulan Shinee sebab dia berlakon cerita To The Beautiful You. Yang lain-lain pernah tengok dalam Running Man. 

Tengah hari tu, sampai-sampai di Sepang, terus cari parking. Agak terkejut sebab parking memang mahal, ada yang RM200 per entry, RM150 per entry, RM100 per entry dan RM30 per entry. Yang paling murah ni memang jauh lah dari tempat event. Tapi ada bus transit. Dengan cuaca yang sangat panas, rasa macam dehidration, Zaza dan kakak ambil keputusan parking kat RM100 ni sebab taknak jauh sangat dari tempat event.

Ada pulak kejadian waktu kat tempat parking ni. Sebab kawasan parking ni ada kawasan yang berlecah, tah macammana, kereta kami terbenam dalam lumpur dan stuck tak boleh bergerak. Memang suspen masa tu. Panic yang amat. Nasib baik lah masa tu, ada lah sekumpulan lelaki cina dengan sekumpulan mat salleh pun ada kat situ. So, mereka lah yang tolong tolak kan kereta. Syukur sangat sebab masa kejadian tu ada orang lalu. Kalau kami berdua je memang mau nangis. Dah lepas kereta berjaya ditolak, kami pun reverse lah nak cari parking lain, dan masa tu lori tunda pun sampai nak tolong sebab dia kata dia nampak kami tadi. Alhamdulillah ramai pulak yang menolong masa tu. Apapun memang pengalaman yang tak boleh lupa. Lepas ni, kalau nampak jalan berlumpur, memang dah tak berani nak lalu lah.

Dah lepas dapat parking, kami pun terus ke kaunter tiket untuk collect ticket. Dan terus ke tempat track. Dapat lah tengok kejap lumba kereta. Tapi kami tengok kejap je sebab terlampau panas sampai rasa macam dehidration. (Ya, lah beli ticket yang takda bumbung).

Result: Sebestian Vettel dari team Ferrari memenangi perlumbaan petang itu. Walaubagaimanapun Mercedes masih lagi mendahului di tempat pertama. :D







Dalam pukul 5, pintu untuk ke after race concert pun dibuka. Tapi, tak dibenarkan bawa masuk payung dan air. Masa tu baru je beli air mineral. Rasa macam ralat lah jugak. Teringat masa Zaza ke Running Man showcase last year pun sama jugak, tak dibenarkan bawak botol air ke dalam. 

Orang ramai dah mula beratur di pintu masuk Helipad, tempat concert after race. Rasa nak demam tengok. Sebab, tak sanggup nak beratur dalam kepanasan macam ni. :(  Tapi I was lucky walaupun Zaza tak beratur awal, tapi masih dapat tempat di bahagian depan waktu konsert. 


Sebelum persenbahan kumpulan kpop ni, penonton dipersembahkan persembahan dari Ultimate.

Dah lepas tu, Girls Generation pun buat persembahan dengan lagu-lagu popular mereka. Kebanyakannya memang Zaza pernah dengar di radio. Dan lepas tu persenbahan dari Shinee pulak. Mereka buat persembahan secara bergilir-gilir. 

Overall, memang tak menghampakan lah persembahan mereka ini. Walaupun ianya cuma mini concert, tapi kedua-dua mereka buat persembahan dengan sepenuh hati. Terutama kumpulan Shinee. Zaza dapat duduk depan, tapi time tu lah pulak bateri handphone mati. So tak dapatlah nak ambil gambar atau rakamkan video.


Dan walaupun semalam berada di sini, untungnya buat sohobiz, duit sentiasa je masuk dalam account. Ramai pulak yang bank-in duit semalam nak order produk-produk hebat. Syukur.


Bagi peminat-peminat Shinee yang tak dapat hadir malam itu, jom layan persembahan mereka. Enjoy :D





Credit :  Dyson Jin
Source: Fancam from Youtube





You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews