Cozuma CC Cream dan BB Cream - Makeup Style Korea
Thursday, March 19, 2015
Kalau sebelum ni kita selalu dengar pasal BB Cream, sekarang ni dah ada banyak jenis dah. Selain dari BB Cream, dah ada CC Cream dan DD Cream. Apa pulak beza antara ketiga-tiga ni?
BB Cream atau ‘Blemish Balm’ adalah produk paling popular dalam kalangan masyarakat Asia. Krim BB berfungsi sebagai litupan bedak asas yang mengandungi SPF dan antioksidan. Teksturnya lebih ringan berbanding bedak asas biasa dan mewah daripada pelembap berwarna.
CC atau ‘Colour Correcting’ membantu menghasilkan ton kulit sekata dan sesuai digunakan oleh wanita yang mempunyai masalah kulit seperti kemerahan, kusam dan pucat. Perbezaan antara BB dan CC ini ialah krim BB lebih memberi tumpuan kepada masalah cela. Krim ini lebih ringan berbanding BB dan kulit akan menjadi lebih cerah dan lembut setelah diaplikasikan pada wajah.
Daily Defense’ atau DD merupakan kombinasi BB dan CC. Penganalisis industri komestik dunia meramalkan krim DD bukan sahaja boleh digunakan untuk wajah tetapi merangkumi penjagaan tubuh dan kaki. Krim ini kaya dengan lembapan dan bertindak sebagai pelembap ekstra pada tubuh.
Boleh pilih je mana yang sesuai dengan kehendak kita. Memang sekarang ni kalau pergi dekat counter makeup memang terdapat banyak sangat jenis cream ni. Kalau perasan, cream seperti ini memang digunakan secara meluas di Korea. Kalau nak terasa ala-ala kpop bolehlah try makeup guna cream ni. Hehe..
Hari ni, Zaza pakai CC Cream dari Cozuma. Memang beza lah dengan BB Cream. CC ni lebih ringan dan tak tebal. So, kalau nak wajah lebih nampak natural, memang sesuai sangat pakai cream ni.
Jerawat kat hidung tu berjaya dipudarkan. Kenapalah tumbuh jerawat dekat situ.. Haha.. Nasib baik ada CC Cream ni.
Ha, lagi satu Zaza suka sebab dia tak buat wajah jadi berminyak.
Antara keistimewaan Cozuma CC Cream ini ialah:
Ini pulak Cozuma BB Cream.
Bedak asas kompak BB Cream ringan dari COZUMATM difomulasikan dengan adunan eksklusif ramuan semulajadi untuk menjadikan tona kulit sekata, mengecilkan liang roma lalu mengembalikan keserian dan kemulusan kulit wajah.
Kulit akan kelihatan segar, halus dan berseri.
- KULIT CANTIK TANPA CELA, SEHALUS SUTERA: Teknologi eksklusif dari Jepun dengan formulasi kompak 'krim ke bedak' yang dapat menghalus dan menyerikan semua jenis kulit.
- KULIT HALUS BERSERI: Ramuan semula jadi yang diadun sempurna untuk menjadikan kulit wajah mulus dan tanpa cela.
- KEKAL PUSAM SEMULAJADI SELAMA BEBERAPA JAM: Sekurang-kurangnya 10 jam wajah tanpa kilauan dengan tekstur ringan yang hebat.
- BEKAS KOMPAK YANG KEDAP UDARA
BB Cream ini ada 2 warna. Natural dan beige. Kalau untuk kulit cerah, Zaza suggest pakai yang natural dan kulit gelap pakai warna beige. Istimewanya cream ni sebab ia gabungan krim dan bedak. So, bila dah pakai cream ni, dah tak perlu pakai bedak lagi. Kecuali kalau kulit berminyak, bolehlah pakai bedak sikit guna span.
Harga
Cozuma CC Cream
RM110.00
Cozuma BB Cream (Case + Refill)
RM198.00
Postage : RM6.00
Nak kulit semulus artis Korea, cepat sapu cream ni di muka :D
Zazalina
4 comments
Masi ada jual ka product ni?
ReplyDeleteMasih jual dearrr :)
DeleteMasih jual lagi ?
ReplyDeleteYe dear.. Boleh terus whatsapp dekat 019-3075397
Delete