Coklat Penyembuh Batuk
Thursday, February 12, 2015
Saintis menemui coklat bakal menjadi ubat batuk yang paling efektif. Penemuan itu dibuat hasil kajian ke atas bahan penting dalam pembuatan coklat iaitu theobromine yang dikatakan mempunyai kesan tiga kali ganda lebih efektif untuk menghentikan serangan batuk yang tidak henti-henti berbanding ubat kodeina yang digunakan sekarang. Lebih menakjubkan kesan sampingannya juga sedikit berbanding rawatan biasa ketika ini iaitu menimbulkan kesan mengantuk.
Menurut penyelidjk, Prof.Peter Barnes clari Imperial College London, sehingga kini tidak ada sebarang rawatan yang benar-benar efektif untuk merawat batuk yang tidak henti-henti sedangkan serangan batuk ini menurut beliau bukan sahaja menyakitkan tetapi juga memberi kesan kepada kualiti hidup.
Theobromine bertindak dengan menghalang aktiviti saral vagus yang
menyebabkan batuk. Mereka turut menemui bahawa tidak seperti rawatan batuk yang biasa, theobromine mungkin tidak mempunyaj kesan sampingan sama ada pada sistem kardiovaskular atau saraf tunjang.
Profesor Maria Belvisi yang turut terbabit dalam kajian berkata ” Theobromine bukan sahaja terbukti lebih efektif daripada kodein, pada dos yang digunakan ia langsung tidak mempunyai kesan sampingan.Secara normal kadar keberkesanan rawatan adalah terhad dengan dos yang diberikan.
“Bagi theobromine yang langsung tidak menunjukkan kesan sampingan dalam kajian ini adalah tidak mustahil memberinya pada dos yang lebih besar, bagi meningkatkan lagi keberkesanannya. Pada masa yang sama, theobromine tidak mempunyai kesan sampingan seperti mengantuk. Ini bermakna ia boleh diambil pada bila-bila masa. “Sebagai contoh, individu yang menggunakan mesin berat atau pemandu tidak harus mengambil kodein sebaliknya theobromine”.
Wah, ini macam berita gembira je ni. Ya, lah hari ini dah masuk hari ketiga Zaza batuk berterusan. Terutama bila duduk di office, makin menjadi-jadi batuk ni. Memang rasa tak selesa yalah, satu office ni dengar batuk Zaza ni je. Dan takut orang pun tak selesa dengan kita. Zaza kalau batuk memang agak lama. Pagi tadi dah ambil garam buluh, harap bolehlah melegakan batuk ni. Tapi artikel ini tentang coklat sebagai penyembuh batuk memang menjadi minat Zaza lah.
Ya,lah sebagai pencinta coklat, ini macam berita gembira lah. So, tadi lepas balik lunch terus pergi kedai berhampiran nak cari coklat. Harap-harap bolehlah legakan batuk ni. Tapi ni baru makan dah rasa macam ok sikit. Dah tak batuk teruk macam sebelum ni. Haha, benarkah ini? Mungkin jugak ada betulnya :)
Harap-harap baiklah batuk Zaza ni. Macam ni memang kena buat stok coklatlah supaya dapat melegakan jika batuk menyerang :)
0 comments