Training GST

Friday, January 23, 2015

Semua orang tau kan April ni, negara kita akan melaksanakan GST (Goods and Service Tax). Sebagai orang yang bertanggungjawab menyediakan financial report untuk company, memang Zaza kena tau lah tentang GST, dan kesannya terhadap accounts. So, semalam, boss hantar Zaza ke GST Training bertempat dekat Cititel Hotel.
Ada sesiapa yang tak faham lagi tak GST ni macammana? Mungkin ada yang beranggapan yang bila GST berkuatkuasa nanti maka harga barangan akan naik, di mana pengguna akan di kenakan tax dua kali. 

Secara prinsipnya, kenyataan tersebut adalah tidak betul. Sebab, GST adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas nilai tambah di setiap peringkat rantaian pembekalan. Walaupun GST dikenakan di setiap peringkat rantaian pembekalan, peniaga boleh menuntut semula GST yang dikenakan ke atas input. Ini bermakna pengguna akhir pada hanya membayar GST pada kadar 6% dan bukannya 24%. Lagipun, cukai ini akan menggantikan cukai perkhidmatan yang sedia ada :) Kalau uoll tak sure macammana atau masih lagi blur-blur, boleh pergi ke website customs. Dekat situ memang banyak sangat info tentang GST ini.



Cuma bila dilaksanakan GST ni, para akauntan semua agak busy lah kot dengan banyak dateline yang nak kena ikut? Sebab belum dilaksanakan lagi, so tak tau nak cakap, tapi dari dateline yang ditetapkan memang akan busy sikit lah dari sekarang :) 


Sempat lagi selfie waktu training semalam :)





Ini waktu nak balik dah. Masa ni memang kenyang sangat sebab banyak betul makanan yang dihidangkan waktu pagi, lunch dan petang. Itupun ada yang tak sempat nak rasa sebab dah kekenyangan sangat :p Nasib baik ada Premium Beautiful so makan banyak pun tidak merubah saiz badan dan berat :) Kalau dulu, mesti rasa bersalah bila makan banyak. 


Apapun gembira kerana Zaza berpeluang menghadiri seminar ini. Banyak betul pelajaran yang Zaza dapat semalam yang mana boleh Zaza jadikan panduan untuk tugasan Zaza April ini :)




You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews