Putus Asa
Wednesday, January 28, 2015
Zaza tertarik dengan satu kata-kata yang memang memberikan makna yang sangat mendalam tentang putus asa.
"Harapan itu sentiasa ada untuk mereka yang berdoa.. Dan sentiasa ada jalan bagi mereka yang tidak mengenal putus asa.. Dan ketenangan itu pasti ada pada mereka yang redha..."
Adakalanya kita manusia biasa, pasti tak lari dari perkara-perkara dan fikiran negatif. Adakalanya kita memang bersemangat untuk lakukan sesuatu tapi ada masanya kita rasa seperti mahu putus asa. Bila keadaan ini berlaku, satu je yang kena ingat... Kena ingat kenapa kita melakukan perkara ini.. Kenapa kita mulakan sesuatu perkara itu.. Semuanya pasti ada sebab.. Jadi bila rasa nak give up atau apa, sentiasa ingat balik kenapa kita bermula. Takkan sesenang itu kita nak mengakhiri segalanya. Yang penting memperbanyakkan doa, dan sentiasa yakin, yang setiap tindakan yang kita lakukan pasti akan ada imbuhannya.
Cuma yang penting, percaya pada diri dan yakin, rezeki itu ada untuk kita semua. :D
Semoga hari ini memberikan kita kebaikan dan rezeki yang baik. Amin..
0 comments