Top Leaders Circle Year End Celebration 2014
Tuesday, December 23, 2014
Wah, semakin hampir kita ke tahun baru 2015. Tahun baru bermakna lembaran baru untuk kita. Sepanjang 2014, tentu banyak suka duka yang berlaku yang sudah tentu memberikan kita lebih banyak pengalaman untuk menjadikan kita lebih cekal, lebih berjaya, dan lebih berpengalaman dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Semua cabaran yang kita hadapi itu perlu dianggap sebagai motivasi kita untuk lebih berjaya dari hari sebelumnya. Hidup memerlukan matlamat bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk orang-orang tersayang di sekeliling kita.
Tahun 2014 juga adalah tahun yang menyaksikan Zaza berniaga online bersama Top Leaders Circle. Dah setahun bersama Top Leaders Circle, dan Zaza semakin yakin dengan TLC yang sentiasa je berikan latihan dan panduan untuk menjadikan Zaza seorang usahawan berjaya.
Jumaat baru-baru ini telah diadakan 2014 Year End Celebration untuk semua usahawan TLC.
Dalam majlis tersebut, kami telah dihidangkan dengan montage TLC sepanjang 2014. Bila tengok balik montage ini rasa sangat terharu melihat kejayaan yang diraih TLC. Boleh dikatakan 2014 merupakan kejayaan besar yang dicapai TLC. Yes, I'm proud to be one of TLC member.
Montage of TLC in 2014
Selain dari itu, ada special live testimoni dari kami pengguna tegar Premium Beautiful. Pada malam itu, kami telah berkongsi pengalaman memakai Premium Beautiful dan ada berbagai jenis kes yang dibincangkan. Dan Zaza telah berpeluang untuk berkongsi pengalaman Zaza pada malam itu. Happy sebab terpilih dan Zaza harap perkongsian Zaza itu dapat memberikan panduan kepada mereka yang mempunyai masalah yang sama dengan Zaza. Zaza akan share testimoni-testimoni ini dekat entry selepas ini. So, nantikan ok. :D
Antara mereka yang berkongsi testimoni dan pengalaman dengan Premium Beautiful
Dan yang istimewa, kami meraikan mereka yang mencapai jualan RM60,000 dan RM100,000!
Dayah menerima anugerah atas pencapaian jualan RM100,000 dalam masa sebulan!
Dalam majlis itu juga, Dayah sempat berkongsikan kejayaannya dengan kami semua. Kagum dengan Dayah. Sebelum ni Dayah pernah beritau, yang beliau tidak suka bercakap tapi, siapa sangka, sekarang beliau merupakan antara mereka yang mencapai jualan tertinggi dalam TLC. Siapa kata, orang yang tak pandai bercakap, yang pendiam, yang malu-malu tak boleh buat business?
Penerima award untuk jualan RM60,000
Surprise pada malam itu, semua Austria dan Hungary qualifier trip mendapat hand luggage dari mentor kami. Wah, baru je dapat 2 luggage sebelum ini. Malam ni dapat lagi luggage lain. Bestnya!!
Yang lebih special, bila our multi-millionaire mentor, CDM Azlan Deraman turut meluangkan masa bersama kami dalam sambutan majlis malam itu. Bertuah bila dapat amanat dari mentor jutawan ini.
Pose wajib kami. Confident bila dengan Premium Beautiful!
Zaza sempat bergambar dengan Dayah. Dayah siap bagi idea dan tips dia lagi. Thanx Dayah!
Dengan Ckin dan awardnya. Tahniah ok, Zaza turut tumpang happy :D
Yang pasti. Zaza rasa gembira berada dalam kumpulan hebat ini. Dan, sambutan ini juga menjadi kelas terakhir kami untuk 2014. Zaza sure akan rindukan kelas ini dan tak sabar nak tunggu 2015. Semoga 2015 nanti, kejayaan yang lebih besar menanti Zaza dan rakan-rakan TLC lain. Dan semoga TLC akan terus gemilang melahirkan usahawan hebat yang berjaya.
ZAZALINA
019 307 5397
0 comments