My Weekend
Monday, December 08, 2014
Ish kejap je dah Isnin. Memang kebanyakan orang bila hari Isnin je memang ada rasa macam lemau sikit kan. Monday blues gitu. Tapi bila dah penghujung minggu rasa lebih bersemangat waja kan.. Hehe.. Pagi ni hujan pulak tu, tu yang perasaan pun turut sama ala-ala mendung gitu. Ha, masa ni lah tetiba teringat lirik lagu Matahari, Hafiz.
Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami
Macammana dengan weekend baru ni? Sekarang kan dah start Year End Sale yang bermula dari 15 November lalu sehingga 4 January 2015. Mesti tengah rancak bershopping ya? Shopping tu, janganlah sampai lupa diri pulak, beli barang yang perlu je. Jangan sampai tertipu dengan tawaran harga murah ya.
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami
Macammana dengan weekend baru ni? Sekarang kan dah start Year End Sale yang bermula dari 15 November lalu sehingga 4 January 2015. Mesti tengah rancak bershopping ya? Shopping tu, janganlah sampai lupa diri pulak, beli barang yang perlu je. Jangan sampai tertipu dengan tawaran harga murah ya.
Sabtu lepas Zaza ke Pavilion KL. Ish, punyalah ramai orang, sampaikan nak cari parking pun nak dekat setengah jam. Mula-mula pergi level B3, pastu naik di setiap level, pun takda parking. Disebabkan rasa dah putus asa cari parking, akhirnya terpaksa parking di Valet Bay. Itupun cuma ada satu parking yang kosong. Terus je park kat situ. Dan parking Zaza untuk hari tu, RM22 dan cuma berada selama 2 jam je. Mungkin sebab akhir tahun, masing-masing sibuk bershopping, tu yang susah nak dapat parking tu.
Zaza ke Celcom Blue, untuk tukar simcard, dari micro ke nano. Hehe, orang lain dah lama pakai nano simcard, Zaza baru nak bertukar. Selepas itu pergi minum kejap di KFC dan shopping makanan kucing tersayang.
Sebelum ke Pavilion, Zaza sempat ke stokis di Batu Caves ambil set Premium Beautiful untuk rakan tersayang yang nak pakai set ni selepas bersalin nanti. Tahniah Zaza ucapkan, sebab dia buat keputusan yang tepat memilih set Premium Beautiful ini. Memang tak dinafikan, set Premium Beautiful ini merupakan pilihan ibu-ibu untuk berpantang. Mudah dan jimat kata mereka. Mana taknya, Premium Beautiful ini bukan saja dapat dipakai sewaktu berpantang, tapi juga boleh dipakai selepas berpantang dan seumur hidup. Sebab itu jimat. Bila dah pakai Premium Beautiful ini, dah tak perlu lagi nak shopping pakaian dalam, yang memang Zaza rasa sekarang ni memang mahal dan dapat pakai beberapa bulan je kan. Dan tau tak, pemakaian dalam yang salah boleh menyebabkan terjadinya pengumpulan lemak yang tidak sepatutnya. Nasib baiklah ada set Premium Beautiful ni, yang memahami bentuk badan wanita, menghalang pembentukan lemak di tempat yang tak sepatutnya, sebaliknya mengalihkan lemak ke tempat yang sepatutnya. Dan lagi, PB ni akan lock lemak kita dan sebab itulah, bila kita pakai secara konsisten, lemak-lemak di bahagian pinggang, punggung, lengan dan dibahagian belakang kita tu, hilang. Konsisten yang macammana? PB ni mestilah dipakai hari-hari. PB ni sebenarnya menggantikan pakaian dalam biasa tu, so mestilah pakai hari-hari kan. Kenapa Zaza cakap macam ni, sebab ada juga terdengar yang mereka ni pakai PB hanya bila ada occasion tertentu je. Sebab bagi mereka, PB ni macam korset biasa yang lain, yang hanya pakai bila nak pergi kenduri, pakai kebaya atau majlis istimewa. Memang salah ya kalau ada pemikiran macam ni. Itu namanya sorokkan lemak, walhal PB ni bila pakai konsisten, bukan sorokkan lemak tapi boleh hilangkan lemak!
So, macammana dengan weekend uoll baru ni. Tentu ada banyak perkara-perkara baru yang terjadi kan? Apapun, selamat hari Isnin, selamat bekerja kembali. Semoga minggu baru ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari minggu sebelum ni.
Love,
Zazalina
0 comments