Projek Tahun Baru 2015

Monday, November 24, 2014

Weekend baru ni ambil kesempatan bertemu dengan mentor dan rakan kongsi untuk bincangkan projek tahun 2015. Tahun baru, azam baru, fikiran baru, gerak kerja baru, semuanya dah plan dari sekarang. Alhamdulillah, semakin lama, semakin nampak hala tuju dalam bidang ini. Jika sebelum ni rasa ragu-ragu dengan keupayaan sendiri, tapi berkat bimbingan 24 jam sehari, semakin jelas visi dan misi. Dan semakin lama semakin jatuh hati dengan business ini. 




Zaza pernah dengar quotes yang penuh bermakna yang Zaza pegang sampai ke hari ini. 

"Semua kejayaan bermula dengan percubaan.. Tak mencuba pastinya tak akan berjaya"

Selagi kita tidak mencuba, selagi itu lah kita tidak tahu potensi diri kita. Semua orang mempunyai potensi masing-masing. Semua orang dilahirkan sama, tidak ada pun yang lahir-lahir terus berjaya kan. Sebab itu, kita diberi pilihan, pilihan untuk mengubah hidup kita. Dan pilihan yang kita pilih itu biarlah pilihan yang positif.

Dalam perniagaan ini, Zaza bersyukur dikurniakan dengan mentor yang sangat mengambil berat terhadap satu sama lain. Tak pernah setakat ini, bila kita minta idea dari mentor, mentor buat tak tahu saja. Malah, minta idea untuk satu point je, tapi dapat lebih dari itu.


Ok, itu cerita semalam. Bila Zaza dapat duduk semeja dan membincangkan tentang projek tahun 2015. Sudah pastinya nak lebarkan sayap dan luaskan empayar. Bukan untuk diri sendiri saja, tapi untuk membantu rakan-rakan kongsi lain yang sudah tentunya mempunyai impian dan cita-cita yang sama. 


Serius membincangkan perancangan untuk tahun 2015. 


Puas hati dan gembira dengan projek 2015. Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.



Selain dari itu, Zaza juga teringin sangat nak membantu anda di luar sana yang masih tercari-cari peluang perniagaan sendiri samada nak buat side income atau full income. Dengan strategi permasaran dalam Top Leaders Circle, Zaza percaya, kita dapat mengubah pendapatan keluarga kita kepada luar biasa. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi bagaimana Top Leaders Circle dapat merubah hidup anda, dan kalau berminat nak jadi business partner Zaza, boleh hubungi Zaza ok. Tak sabar nak kongsi peluang ini dan sama-sama menempa kejayaan.



Love,

Zaza

019-3075397



You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews