Movie Time
Wednesday, October 29, 2014
Catat sejarah! First time Zaza tengok movie 4 sekaligus! Inilah baru dikatakan tengok sampai lebam. Memang penat lah jugak duduk kat panggung dari pagi sampai ke malam.
Asalnya nak tengok Annabelle. Tapi entah macamana terus tengok cerita lain sekali. Dan keempat-empat movie yang Zaza tonton hari tu semuanya mempunyai genre movie yang berbeza. Dari cerita seram, komedi, misteri, aksi, semuanya ada.
First movie yang Zaza tengok haritu cerita Annabelle. Filem ini merupakan spin-off The Conjuring yang mengisahkan tentang anak patung yang dipercayai dimasuki roh jahat. Mia, menantikan kelahiran anaknya yang pertama menerima hadiah patung dari suaminya. Selepas itu banyak kejadian aneh yang berlaku terhadap Mia dan keluarganya. Pasti ramai yang membuat perbandingan cerita ini dengan The Conjuring kan. Bagi Zaza kalau nak bandingkan dengan The Conjuring, mungkin Annabelle agak slow dan tak banyak sangat adegan seram. Tapi tetap menyeramkan juga. Banyak babak yang mengejutkan kita. Iynas di sebelah Zaza siap tutup muka dengan bekas popcorn lagi. Hehe. Overall movie ni tak menghampakan Zaza. Zaza bagi 4 bintang :D
Dah lepas seram dengan Annabelle, relaks kejap dengan filem arahan Khabir Bhatia, Dollah Supertar. Filem komedi yang dilakonkan Awie ini menceritakan tentang Dollah, seorang gangster yang bercita-cita menjadi pelakon aksi. Banyak babak komedi dalam filem ini yang menjadikan filem ini tak bosan.
Movie ketiga, cerita The Maze Runner. Filem bercorak sci-fi ini memang banyak buat kita berfikir. Filem ini diadaptasi dari novel. Awal-awal cerita lagi dah buat kita tertanya-tanya bagaimana Thomas boleh berada di The Maze. Dan kenapa semuanya berada di situ, dan siapakah orang yang bertanggungjawab membawa mereka semua ke situ. Ha, banyak kan persoalannya.
Tapi overall, Zaza suka cerita ini. Filem ni banyak adegan yang mencemaskan. Terutama bila mereka cuba mencari jalan keluar dari situ, dan setiap malam, the maze itu akan berubah susunan jalannya.
Dan filem terakhir untuk hari itu ialah filem The Equalizer. Filem ini dilakonkan pelakon hebat Denzel Washington. Mengisahkan seorang lelaki percaya dia telah meletakkan masa lalu sebagai misteri kehidupannya dan ingin memulakan kehidupan baru dengan lebih tenang. Tetapi apabila dia bertemu dengan seorang gadis muda di bawah kawalan gangster Rusia, ia tidak dapat menghalangnya dari membantunya dan melibatkan diri dalam jenayah. Filem ini menarik. Walaupun awal ceritanya agak slow, tapi pertengahan cerita ini mencemaskan. Dan Zaza bagi 4 bintang untuk cerita ini. Kagum lihat ketangkasannya melawan gengster rusia ini.
Best jugak maraton 4 movie sekaligus! Lebih-lebih lagi keempat-empat movie yang Zaza tengok hari tu memang best-best. Lepas ni nak maraton cerita apa pula ya :D
0 comments