Melancong ke Shanghai - Part 4

Monday, October 13, 2014

Hari ketiga di Shanghai. Hari ni merupakan hari terakhir beraktiviti di Shanghai. Sekejap pulak masa berlalu. Memang tak terasa masa berjalan sebab penuh aktiviti dari pagi sampai lah ke malam. Dan untuk hari ketiga ini kami pilih biru!




Pagi tu seperti biasa bersarapan dulu. Dan selepas itu, kami dibawa ke tempat barangan kemas. Excited Zaza dengar. Dekat sini memang rambang mata lah tengok berbagai jenis batu pertama. Dan dipercayai batu-batu permata ini dapat menarik rezeki dan mengekalkan kesihatan seseorang.











Dah lepas shopping dekat sini, lunch dulu, dan lepas tu kami dibawa ke Yu Yuan Garden, bandar tertua di Shanghai. Dekat sini, kami dapat melihat reka bentuk bangunan seperti di zaman dinasti China. Memang terasa macam zaman kungfu pulak.. Hehe. Dekat sini jugak terdapat banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan seperti baju, aksesori, souvenir, makanan dan lain-lain. Tapi, makanan di sini tak boleh dibeli ya. :D







Cantik kan rekabentuk bangunan lama ni. Selalu tengok dalam cerita maharaja China dalam tv je.











Signature pose di Shanghai :D







Tengah ambil-ambil gambar, tetiba ada pelancong ni nak ambil gambar sama dengan kami... Ahaks.






Ini pulak dekat AP Plaza. Tempat shopping dan ramai pelancong bertumpu di sini. Dekat sini boleh dapat pelbagai barangan seperti souvenir, baju, beg, mainan dan macam-macam lagi barangan dengan harga yang sangat murah! Ok, kalau uoll nak datang sini, kena pandai bargain ok. Kalau pandai, uoll boleh dapat barangan sehingga 80% diskaun dari harga asal. Best tak? Tapi, Zaza nasihatkan, kalau betul-betul nak beli je baru tanya harga ok. Kalau tak, silap-silap boleh tegang uratlah dengan peniaga dekat sini. Hehe.


3 jam dekat sini, memang penat giler lah. Penat nak tawar-menawar. Tu yang sampai terduduk keletihan tu. Banyak pulak yang kami borong dekat situ hari tu. Ya, lah, kalau dekat sini ada certain barang yang kita tak boleh nak dapat dengan harga yang murah, so apa lagi, rugi pulak kalau tak beli kan. 

Itu antara aktiviti yang kami buat sepanjang berada di Shanghai ini. Jalan-jalan, makan-makan, shopping, memang puas hatilah dengan layanan ala-ala vvip ini. Dengan ahli TLC yang lain yang semuanya sporting habis, sampai rasanya mana kami pergi pun pasti ada je yang nak ambil gambar kami. Dah terasa macam retis pulak kan... 

Peluang melancong ni memang best sangat. Ini baru ke negara Asia. Agak-agak kalau ke Europe pulak macamana pulak ya. Dan tahun depan insyaAllah akan ke Austria dan Hungary pulak. Pergi pulak dalam musim salji, memang terasa ala-ala cerita Frozen la. :D

Uolls yang nak join dengan kami ni memang sangat-sangat dialukan. Pergi ramai-ramai macam ni memang best dan meriah. Happening sangat. Sambil dapat melihat negara orang. Dan dari situ barulah kita dapat menghargai dan merasakan yang betapa bersyukurnya kita ni berada di bumi Malaysia. Hehe, patriotik pulak iols ni.

So, jomlah join kami untuk percutian akan datang. Contact Zaza untuk info. Sambil melancong, sambil kita buat income besar. Best kan. Income besar ni, bukannya untuk kita belanja sesuka hati, tapi itu semua untuk persediaan kita menghadapi hari-hari tua nanti, dan untuk kesenangan ahli keluarga kita yang lain jugak. Masa inilah kita kumpul harta untuk ibu bapa dan generasi kita yang akan datang. 

Love,

Zaza

019 307 5397














You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews