Melancong ke Shanghai - Part 2

Monday, October 06, 2014

 Ok, sampailah hari yang dinantikan. Flight ke Shanghai berlepas pada 22 September jam 2.00 pagi. Dan kami semua berkumpul di KLIA pada pukul 10 malam pada malam Isnin. Pagi tu Zaza kerja. Balik je dari kerja terus balik rumah, mandi dan siap-siap sebab Ana akan ambil Zaza dalam pukul 7 malam. Dalam pukul 8 malam lepas maghrib, kami bertolak ke KLIA. Dalam perjalanan ke KLIA, Nuzul asyik beritau yang dia rasa suspense. Ye lah, pertama kali naik flight kan. Kami cuba yakinkan dia yang tak perlu nak takut sangat walau dalam hati Zaza pun cuak juga sebenarnya. Hehe..

Sampai di KLIA dalam pukul 9 malam. Perut rasa lapar, ye lah dari office kan. So, kami pun makan dulu kat KFC. Sambil tu, Ana ambil peluang kongsi business dengan rakan niaganya yang bekerja di KLIA. Sempat juga ceritakan kebaikan Premium Beautiful dan peluang perniagaan dengan Premium Beautiful ni. Pendapatan lumayan dan boleh dapat income 5 angka je dalam masa setahun jika ikut betul-betul plan sohobiz Top Leaders Circle ni.



Sempat berkongsi plan perniagaan Premium Beautiful yang income boleh mencecah sehingga 5 angka sebulan dalam masa setahun je pun.. Siap dapat melancong percuma dan benefits lain lagi seperti car fund.


Sambil dengar presentation pun, buat Zaza sendiri rasa terbakar dan meronta-ronta nak all out jugak. Business ni simple je. You buat, you dapat. Kalau tak buat, memang tak dapat lah.

Dah lepas business sharing tu, kami pun check-in luggage. Dekat situ dah ramai dah adik beradik TLC yang lain berkumpul. Dah lepas check-in, sekarang masa untuk dengar sikit kata-kata semangat dari CDM Salha. Dan lepas tu, semua pun tak lepaskan peluang untuk ambil gambar sebagai kenangan dan bukti yang kami berjaya dapatkan melancong percuma ni!






Bergambar dengan semua keluarga Top Leaders Circle sebelum berangkat




Dengan CDM Salha Zain, Sohonita Icon



Orang Malaysia jaga diri baik-baik. Walaupun jauh, tapi kami boleh teropong dari sini.. Hehe



Bergambar dengan TLC dan team HBO




Bye.. Ready to fly



Berselfie dengan Ana dalam MH386





Flight yang membawa kami ke Shanghai malam itu MH386. Alhamdulillah perjalanan kami selamat sampai ke Shanghai lebih kurang jam 7 pagi. Waktu di Shanghai sama dengan waktu di Malaysia, cuma dekat sana matahari terbit awal 2 jam dari di Malaysia. So, subuh dekat sana dalam pukul 4.30 dan Isyak dalam pukul 7 malam.

Waktu nak turun kapal terbang, ketua pramugara tu sempat bergurau tanya Zaza. " Ni nak pergi Shanghai ke?" sebab dia tengok baju kami yang tulis we are going to Shanghai. Zaza pun mengiayakan. Dan dia kata, tapi ni dekat Beijing. Hehe.

Di Pudong airport Shanghai. Sampai-sampai je bersemangat nak ambil gambar. Tak rasa penat pun walaupun 5 jam berada dalam pesawat. :D

Cuaca di Shanghai hujan pagi tu. So, agak sejuk juga. Sampai di Pudong airport, kami berjumpa dengan tour guide kami, Jerry. Alamak, sama pulak dengan nama kucing Zaza.. Hehe.. Jangan marah ya Jerry.


Tour guide kami, Jerry


Jerry terus bawa kami ke menara tertinggi di Shanghai, Oriental Pearl Tower. Ketinggian menara ini 468m. Menara ini terletak di Huang Pu river, berhadapan dengan The Bund, salah satu tempat menarik di Shanghai juga. Dekat sini juga ada restoran berputar seperti di Menara Kuala Lumpur. Dan terdapat tempat observation, yang mana kita dapat lihat seluruh Shanghai dari sini di ketinggian 263M. Turun setingkat pula, tempat yang paling special sebab kat sini takda, iaitu transparent observatory. Lantai daripada kaca transparent, bermakna boleh nampak di bawah tu sayup-sayup je. Memang gayat pada mulanya. Tapi masa Zaza naik ni, kabus tebal, so, tak berapa nak gayat sangat. Dekat glass floor ni di ketinggian 259M.




Depan Menara Shanghai. Masa ni hujan turun renyai-renyai.

Posing jap :D


Boleh lihat seluruh Shanghai dari sini :D






Tadaa... Inilah glass floor yang Zaza cakap tu. Masa mula-mula tu buat-buat berani je nak duduk atas ni. Memang gayat bila pandang ke bawah. Tapi masa Zaza naik ni kabus tebal.



Kabus tebal so berani la nak duduk macam ni. hehe

Teruja bila first time dapat rasa pengalaman macam ni.




Sayup-sayup je nampak dari atas ni




Best sangat dekat sini. 





Dah lepas naik menara Shanghai, kami dibawa ke restoran makanan halal di sini. Dekat dengan Nanjing Road. Terkejut sekejap sebab memang banyak sangat hidangan yang disediakan. Dapat merasai sendiri masakan halal di China, dan yang best, makan je lah, tak payah nak fikir berapa harga.

Ini antara makanan favourite Zaza. Sedap ni, dia crispy.


Menurut tour guide Jerry, makanan halal dekat Shanghai agak mahal sedikit sebab kebanyakan dari mereka suka masak daging kambing.


Dah lepas kenyang tu, acara bebas di Nanjing Road. Dekat sini banyak kedai-kedai baju, dan harganya memang agak berpatutan lah. Kami tak lepaskan peluang ambil gambar di sini sebab jalan dekat sini memang cantik.















Dah lepas penat berjalan di Nanjing Road, kami di bawa ke masjid tertua di Shanghai.


Kemudian kami dibawa ke hotel penginapan kami di Blu Raddisson Hong Quan. Sekali lagi rasa nak menjerit melompat tengok bilik kami. Memang mewah lah. Lepas merehatkan diri dan bersihkan diri, kami pun dibawa untuk makan malam di satu lagi restoran halal di Shanghai.

Bilik penginapan sepanjang 3 malam di Shanghai. Memang selesa habis lah. Letak je kepala, terus lena diulit mimpi :D


On the way nak ke dinner. Muka ceria je masing-masing lepas dapat berehat sekejap di bilik.



Masa ni baru je dinner. Perut dah kenyang. So, agenda lepas ni menaiki cruise.


Selepas makan malam, kami di bawa ke Huang Pu River untuk naik cruise. Suasana malam di Shanghai memang cantik, semua bangunan dihiasi dengan lampu yang cantik, menjadikan bandar Shanghai sangat bercahaya. Menurut Jerry, penduduk Shanghai memang sukakan aktiviti malam dan malam yang penuh dengan warna-warni dan dia sendiri menggelarkan Shanghai sebagai the crazy city.



Kagum lihat keindahan reka bentuk bangunan di Shanghai. Cantik bila disirami cahaya lampu.

Menaiki cruise selama lebih kurang 50 minit, kami dapat menikmati suasana malam yang bangunannya yang cantik dan penuh dengan cahaya. Bangunan di sini semuanya tinggi. Shanghai merupakan pusat aktiviti kewangan bagi negara China dan penduduk di Shanghai pula adalah lebih 20 juta penduduk. Besar kan. Hampir nak menyamai penduduk di Malaysia pula. Bandar Shanghai juga digelar sebagai oriental New York.

Siap sedia untuk berlayar :D










Dah puas menikmati keindahan bandar Shanghai, kami pulang ke hotel. Dalam perjalanan balik ke hotel, sekali lagi Zaza rasa kagum melihat bandar Shanghai sepanjang perjalanan ke hotel.

Balik hotel, memang penat berjalan sepanjang hari dari pagi. Esok ada banyak lagi aktiviti dan sangat excited dan ternanti-nanti apa lagi yang menarik untuk ditatapi esok hari.


Hari kedua di Shanghai dalam next entry ok. Tungguuu... :D




You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews