Melancong ke Shanghai - Part 1

Tuesday, September 30, 2014

Seperti yang Zaza beritau minggu lalu, Zaza dan keluarga Top Leaders Circle yang lain telah bercuti ke Shanghai selama 4 hari. Yang best pasal percutian ini, semuanya ditaja oleh syarikat. Kami tak perlu nak berbelanja untuk duit hotel, duit makan, duit tiket untuk masuk ke mana-mana, tapi semuanya ditaja syarikat. Kami hanya bawa duit untuk shopping saja. Shopping? Zaza bukannya kaki shopping sangat. Lagipun, bila ke luar negara, Zaza lebih suka untuk melihat dan menikmati suasana dan tempat-tempat menarik di sana. Shopping tu cuma nak cari souvenir untuk di bawa pulang untuk keluarga dan rakan-rakan je. So, bawa duit sikit je dah mencukupi. Seronok kan, buat business ni, kita dapat pulak reward dari company untuk ke luar negara secara percuma dan dilayan seperti vvip.

Dua bulan sebelum travel, Zaza siapkan semua dokumen yang diperlukan seperti passport. Passport Zaza baru je expired, so Zaza kena renew dulu lah. Renew dekat UTC Sentul. Best sangat, sebab dalam masa sejam je, proses renew passport ini. Tak macam sebelum ini, Zaza terpaksa berbaris panjang nak dapatkan nombor, dan ambil masa setengah hari juga nak siapkan passport.

Dah lepas siap renew, nak kena siapkan visa pula. Tapi yang ini company dah buatkan. So, Zaza cuma tunggu hari nak travel je. 

Dua hari sebelum ke Shanghai, our mentor yang juga penaung Top Leaders Circle CDM Salha Zain telah buat satu majlis ringkas meraikan kami yang ke Shanghai ini. Majlis ini diadakan di Dear Azalea Cafe, Petaling Jaya. Dalam majlis ini, kami diberikan beg cenderahati yang berisi beg dan tshirt untuk dipakai pada hari pertama di Shanghai. Dan yang paling menarik, pemberian Macbook Air untuk mereka yang dapat car fund oleh CDM Azlan Deraman. Wah, bertuahnya badan dapat hadiah Macbook Air ni. Nak beli memang lah mahal kan harganya. Buat business ni, macam-macam reward yang dapat. Dah lah dapat car fund, dapat pulak notebook. Car fund? Mungkin ada yang belum tahu lagi apa itu car fund. Car fund ini adalah tabung kereta khas untuk mereka beli kereta baru. Kiranya hadiah dari syarikat untuk mereka yang dapat mencapai jualan yang ditetapkan. Masa inilah nak pakai kereta idaman masing-masing. Memang benefits yang dapat dari company ni memang sangat-sangat best dan sangat-sangat menarik. Yang penting, kita cuma buat je apa yang disuruh mentor, semua yang ditawarkan syarikat memang jadi milik kita.


Menu petang itu.


Bergambar dengan mentor kesayangan. Kalau nak tau, semua ni sebenarnya bekerja dalam bidang professional. Ada yang usahawan, ada yang akauntan, ada yang bekerja dalam oil and gas.



Dengan my lovely mentor, DDM Ana dan CDM Sal. Mereka berdua ni tulang belakang Zaza. Orang yang banyak mencorakkan hala tuju Zaza dalam business ni.

Suka dengan hiasan cafe ni. Sesuai dengan suasana petang hari itu.

Dekat sini pun ada cenderamata.

Favourite Section Zaza. Zaza memang suka dengan desert dan cake.



Cantik CDM Izyan dan DDM Aida.




Teruja dengan trip ini. Mana taknya, semuanya percuma kan.


CDM Sal antara penerima Macbook Air petang itu. Rasa seronok dan bangga  bila mentor sendiri dapat pengiktirafan sebegini. Bermakna Zaza ikut mentor yang betul. Dan insyaAllah, Zaza akan berada di tempat beliau juga.


Gambar kenangan dengan semua penerima Macbook Air dan Shanghai qualifier. Tak sabar nak melancong dengan mereka semua ini! Dan lebih-lebih lagi semuanya secara percuma!

Sebelum ke Shanghai juga, Zaza dah survey cuaca kat sana. Baru je masuk autumn. Bermakna cuaca agak berangin. So, dah sediakan beberapa jaket untuk dipakai disana. Currency pun dah check, Zaza tukar di Ampang Park. Memang kalau nak travel, Zaza suka tukar duit dekat sini. Rasanya ratenya lebih baik dari tempat lain.


Packing-packing barang, Zaza pastikan barangan yang wajib dibawa seperti BB Plus Collagen, dan skincare Luminez mesti ada dalam luggage. Tak boleh kalau takda Bb Plus ni. Rasa macam hari tak lengkap tanpa BB Plus. Dan yang paling utama, Premium Beautiful mesti dipakai sepanjang masa. Kalau tak, tak sempurna percutian Zaza ini. Handphone pun dah pastikan yang memori cukup untuk ambil gambar.

Dia pun sibuk sama bila orang sibuk nak packing barang. Yang pasti, ini adalah wajah yang Zaza akan rindui sepanjang di Shanghai nanti. Jaga diri baik-baik Jerry. Zaza loves you.


Sebelum ke Shanghai, Zaza sempat lagi hantar pelapik tilam istimewa Bio Velocity Sleep Mate kepada pelanggan. Dia nak hadiahkan tilam ni untuk adiknya yang mengalami masalah saraf.


Bagaimana suasana di airport, dan di mana tempat yang kami lawati sepanjang di Shanghai dengan percutian percuma ini, boleh baca di link di bawah


Hari Pertama
http://www.zazalina.net/2014/10/free-trip-shanghai-part-2.html


You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews