Giant Panda at Zoo Negara

Friday, August 29, 2014

Bila dapat tau yang giant panda dah berada di Malaysia, Zaza memang excited dan teringin sangat nak tengok secara dekat. Zaza memang sukakan binatang yang comel-comel, dan panda ni memang bagi Zaza comel sangat. So, baru-baru ni, Zaza sempat melawat panda di Zoo Negara secara dekat lagi.

Zaza dah lama tak ke Zoo Negara. Rasanya adalah dekat 20 tahun macam tu tak ke sana? Bayaran nak ke Zoo Negara ialah RM30. Kalau nak tengok panda, kena tambah RM20 lagi. Tapi Zoo Negara dah tak macam dulu lagi dah. Sekarang ni, haiwan lebih banyak dan memang tak cukup masa nak berjalan 1 hari tu sebab memang banyak yang nak kena tengok.


Ini tiket masuk ke Zoo Negara. Kalau nak tengok giant panda, anda akan dapat tiket ini, yang ada gambar panda tu.


Bergambar kenangan dengan Zirafah. Ini tempat haiwan yang mula-mula sekali jumpa dari pintu masuk. Kalau bagi peminat-peminat Running Man, bila tengok Zirafah je mesti akan teringat Lee Kwang Soo. Betul tak? :p




Ini dekat Bird Aviary. Memang tempat binatang yang bekeluarga burung di tempatkan di sini. Ada macam-macam species burung di sini. Siap berpayung lagi kan. Rugi jugak masa Zaza ke sini, hari hujan, so agak terbatas sikit perjalanan Zaza kat Zoo Negara ni.


Lion King tengah berehat. :)




Ini tempat harimau. Ada 4 ekor tak silap dalam ni. Masa Zaza sampai, tiba-tiba harimau ni bergurau senda sesama sendiri. Comel pulak tengok. Nasib baik liar, kalau jinak, teringin juga nak bela harimau ni. Best kot kalau bawak tidur kan, puas peluk.. Ngeeeee...



Masa ni, harimau tu tengah rancak bermain. Nampak tak kat belakang tu.



Okay, akhirnya sampai juga ke Giant Panda Conservation Centre. Dekat sinilah tempat di mana Fengyi dan Fuwa di tempatkan. Giant panda ini merupakan simbol hubungan diplomatik antara Malaysia dan China dan akan berada di sini selama 10 tahun menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konversi Antarabangsa Panda Gergasi. Ini dapat memberi peluang kepada Malaysia menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi, di samping itu dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.

Pusat ini dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak.




Masuk-masuk je kat dalam ni, ada diterangkan serba sedikit tentang jenis-jenis beruang di dunia ini. Macam yang dekat sebelah Zaza tu, ialah jenis brown bear. Kalau nak tau, ketinggian beruang ini ialah antara 1.9m - 2m. Wow... Menakutkan sekali.


 Ini biodata Fu Wa. Kalau nak tau, Fu Wa ni bermaksud anak patung bertuah, dan ia merupakan jantan. Dilahirkan pada 23 Ogos 2006. Yang menarik Fu Wa ni merupakan panda yang peramah dan pernah dipilih sebagai icon sukan olimpik 2008. Tapi Fu Wa ini telah diberikan nama tempatan, iaitu Xing Xing yang bermaksud makmur.




Yang ini pula biodata Feng Yi yang bermaksud burung jentayu yang cantik. Feng Yi merupakan panda betina. Dan ia juga dilahirkan pada tarikh yang sama dengan Fu Wa, 23 Ogos 2006. Feng yi juga merupakan icon sukan olimpik 2008. Nama tempatan Feng Yi ialah Liang Liang yang bermaksud cantik.




Feng Yi dari belakang. Dari belakang je dah nampak comel. Fu Wa dan Feng Yi diletakkan berasingan. Semasa Zaza datang, Feng Yi ni tengah kusyuk makan buluh. Dia seperti dalam dunia dia sendiri tak pedulikan sekelilingnya. dah lepas habis sebatang, di ambilnya batang buluh yang lain pula.





Tengah sibuk memilih batang buluh.



Selfie dengan Feng Yi :)







Comel kan?


Yang ni pula Fu Wa.


Geramnya tengok dia dari belakang ni 







Pusat konversi ni bersuhu 24 darjah celcius iaitu menyamai suhu habitat asal.


Bergambar di luar pusat konversi panda.


Replika panda ni pun comel
















Dah lepas tengok panda gergasi yang comel ni, Zaza pun tengoklah binatang-binatang lain pulak.




Your next of kin :p , keluarga monyet. 


Bergambar dengan orang utan.








Ada lagi zirafah. Dekat sini, zirafah diletakkan bersama dengan kuda belang dan rusa. 




Dan lepas tu, hujan turun dengan lebatnya. tak sempat nak melawat haiwan-haiwan lain.

Kalau anda nak melawat panda gergasi ni, bolehlah datang ke Zoo Negara yang terletak di Hulu Kelang, Selangor. Memang geram melihat gelagat beruang panda gergasi ni yang comel sangat..






















































You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews