Rahsia Cantik Artis Korea
Thursday, July 03, 2014
Saya pernah share tips rahsia cantik arits Korea sebelum ni. Kali ni saya nak share lagi antara tips artis Korea untuk cantik. Sebab memang ramai yang teringin sangat nak cantik seperti artis Korea.Memang ramai je yang nak cantik seperti artis Korea. Macammana caranya? Jom kita bongkar satu-persatu.
Produk penjagaan kulit
Ha, kalau nak tahu, produk penjagaan kulit di sana memang sangat popular.
Tidak hairanlah mereka mempunyai kulit halus mulus dan cantik. Tetapi
jika tidak menggunakannya dengan teratur juga tiada memberi sebarang
kesan. Apa yang menariknya ialah, bukan sahaja wanita, malah lelaki
turut mengambil berat soal kesihatan dan kecantikkan kulit. Penggunaan
produk kecantikan kulit dijadikan sebagai disiplin harian.
Penggunaan BB Cream ketika keluar dari rumah adalah satu
kemestian. Hal ini kerana ia mampu melindungi wajah anda ketika terdedah
kepada cuaca luar yang tidak menentu. Selain itu, rajin-rajinkanlah
untuk memakai masker pada wajah ketika berada di rumah. Pelbagai jenis
masker sesuai mengikut keadaan kulit anda kini banyak terdapat di
pasaran juga di kedai-kedai menjual produk khas dari Korea seperti Etude
House, The Face Shop dan banyak lagi. Ramai kaum wanita mahupun lelaki
Korea mengamalkan pemakaian masker pada setiap hari!
Air yang banyak
Bukan artis Korea sahaja, malah, ramai yang sudah tahu mengenai
kepentingan air di dalam tubuh badan manusia. Air secukupnya mampu
membuatkan anda lebih sihat dan mendapat kulit lebih cantik. Tanpa air
yang cukup, kulit akan menjadi kering dan ia tidak baik untuk kesan
jangka masa panjang. Hal ini kerana kulit anda akan menjadi mudah
berkedut dan anda akan kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Wow,
menakutkan! Jadi si cantik semua, jangan sesekali tinggalkan air anda.
Minumlah setidak-tidaknya dua liter air setiap hari. Lebih banyak, lebih
baik.
Mata menawan
Umum mengetahui tentang mata warga Korea yang sepet dan kecil. Satu cara untuk mengatasi kelemahan itu adalah menggunakan eyeliner sebagai senjata utama. Cuba anda perhatikan mata penyanyi terkenal di Korea, Lee Hyori. Penggunaan eyeliner yang betul mampu membuatkan matanya tampak lebih menawan dan bersinar. Wanita Korea juga jarang memakai eyeshadow
dengan warna yang pelbagai. Mereka lebih suka menggunakan satu warna
sahaja pada satu-satu masa dan kebanyakkan warna yang digunakan adalah
warna pastel. Hal ini bertujuan agar eyeliner yang dipakai akan tampak lebih menonjol.
Perawatan wajah
Wanita Korea bukan sahaja menjaga wajah menggunakan produk kecantikan
semata-mata. Mereka juga mengamakan pelbagai makanan kesihatan
berasaskan herba, sayur-sayuran juga buah-buahan. Makanan harian mereka
juga jarang digoreng sebaliknya direbus, dan distim agar kandungan
nutrisi pada makanan tidak hilang.
Bukan itu sahaja, mereka juga akan berjumpa terus dengan doktor pakar
kulit jika terdapat masalah berkaitan kulit yang timbul. Malah, ada juga
yang sudah mengatur perjumpaan dengan doktor kulit pada setiap bulan
demi memastikan kulit mereka sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat
dan terbaik.
Isu kecantikkan kulit di Korea dianggap penting seolah-olah
melambangkan keperibadian seseorang itu. Perkara ini sebenarnya boleh
dijadikan ikutan buat kita kerana dengan kulit wajah yang cantik, secara
tidak langsung mampu membuatkan kita berasa lebih yakin dalam menempuh
hari-hari mendatang.
0 comments