Fitting Client Dan Rumah Sewa Seksyen 2 Shah Alam
Friday, July 11, 2014
Cuak, seram, dan kelakar pun ya jugak. Dan macam-macam lagi perasaan ada masa nak pergi fitting Premium Beautiful untuk client di Shah Alam May lepas. Hihi.. Mungkin ada yang tau pasal rumah sewa Seksyen 2 Shah Alam, mungkin ada juga yang tak tau (macam Zaza). Zaza nak cerita tentang cerita mistik sikit. Tapi takdalah mistik sangat cuma boleh la nak di kategorikan mistik juga. LOL. Cerita ni masa bulan Mei lepas, baru sekarang berkesempatan nak share dekat sini. Masa tu, Zaza dan Sal pergi fitting Premium Beautiful untuk client dekat Shah Alam.
Lepas balik kerja, Zaza pun terus drive ke Damansara untuk ambil Sal dekat sana. Dari KLCC ke Damansara memang jalan jem teruk, mungkin sebab petang Jumaat, so jalan jem agak luar biasa dari hari biasa. Lebih kurang sejam lebih drive. Fuh, lamanya, dah boleh ke Melaka dah lebih kurang. :p. Dari Damansara pula, Zaza terus drive menuju ke Shah Alam. Jalan pun jem jugak. Ambil masa sejam juga. Dalam kereta, Zaza dan Sal borak-borak lah kan. Tetiba masa dah sampai Shah Alam Sal tanya " Zaza pernah dengar pasal rumah hantu kat Shah Alam?" Cerita yang famous dekat internet. Zaza macam blur. Rumah hantu? Tak pernah lah pulak.. Hehe, nampak sangat Zaza tak ambil pot sangat pasal cerita-cerita hantu ni.
Lepas ambil Premium Beautiful dekat stokis di seksyen 9, kami pun dinner dulu sebelum jumpa client. Sambil tu nak rehat kejap, ya lah drive lebih dari 2 jam tadi kan.
Sebelum makan, kita selfie dulu. Maklumlah kami ni kan ratu selfie ;p
Dah lepas makan, kami pun straight ke Mcdonalds Seksyen 4, lokasi di mana kami sepatutnya jumpa client yang tak sabar-sabar dah nak slim dan sihat dengan Premium Beautiful. Sebelum tu, Zaza dah ambil ukuran client tu di officenya dekat Jalan Perak, Kl. So, Zaza pun terus set dekat Waze, lokasi yang nak dituju. Memang Zaza selalu juga datang ke Shah Alam, tapi selalu je tak familiar dengan jalan kat sana. Mungkin sebab banyak roundabout, so agak confuse sikit di situ. So, dah lepas set dekat Waze, kami pun terus je ikut arahan dalam waze tu. Jalan macam agak lengang masa tu. Waktu pun dah dekat pukul 9 macam tu. Arahan waze suruh kami masuk ke sebelah kanan, tapi Zaza terlepas pulak jalan tu, so, Zaza pun pusing balik nak pergi ke lorong kanan seperti dalam waze tu. Dah masuk ke lorong kat sebelah kanan tu, suasana sangat sunyi. Kiri kanan kawasan perumahan banglow. Gelap pulak tu. Zaza macam dah pelik, dah kenapa waze ni bawak kami kat kawasan sunyi macam ni. Nasib baik ada Sal, kalau sorang memang cuak juga lah. Tapi, Zaza tak terfikir apa-apa pun masa tu. Sebab tau, waze ni kadang-kadang suka sangat ikut jalan dalam. Tetiba Sal kat sebelah bersuara, Zaza kita patah balik lah. Tapi tah kenapa Zaza ni ikut jugalah arahan waze ni. Sampai kat satu area, kawasan banglow kat hujung jalan, tetiba waze beritau, you have reached your destination. Zaza pandang kiri kanan, takda McD pun. Yang ada hanyalah rumah besar. Then Sal pun cakap lagi, kita patah balik lah. So, Zaza pun patah lah balik ke jalan besar dan alhamdulillah, jumpa lah McD yang sepatutnya. Sal diam je masa tu. Dah lepas tu baru dia cakap kat Zaza. Situ lah area rumah hantu yang dia cakapkan tadi. Terkejut Zaza masa tu. Ha? Tadi masa drive memang tak terlintas langsung pasal rumah hantu yang Sal cakap tadi. Bila dia dah cakap macam tu, tetiba terus meremang bulu roma. Haha, nasib baik dah keluar dari kawasan tu. Dan nasib baik lah takda terjumpa apa-apa yang pelik sewaktu berada di kawasan perumahan tu.
Dah lepas fitting client, client pun puas hati dengan set Premium Beautiful nya tu, kami pun terus pecut ke majlis ilmu di TLCC Gombak. Kelas mingguan kami. Minyak kereta dah dekat point terakhir, tapi Zaza tak berani nak turun isi minyak dekat Shah Alam. Haha, tah kenapa tetiba terasa cuak yang amat.
Gembira dapat bertemu dengan adik beradik TLC. Terus lupa dah kisah seram yang berlaku sebentar tadi. Memang kuat aura mereka ni. Meresap terus dalam jiwa. :)
Walaupun dah lewat malam, semuanya masih bertenaga dan bersemangat.
Memang suka sangat berada di majlis ilmu ni. Kalau jiwa rasa lemau, kepala rasa stress dengan nak kejar dateline dekat office, terus hilang semua tu bila berada di sini. Memang tak pernah miss ke sini setiap minggu. Di sini lah tempat nak recharge balik tenaga, semangat dan nak kaut seberapa banyak ilmu yang ada. Nak berjaya kenalah rajin belajar. Sama jugalah dalam berniaga. Ilmu tu takkan stop sebenarnya. Semakin kita ingin capai sesuatu, semakin tu jugalah kita kena mencari ilmu tak kira dalam apa bidang sekali pun. Cari orang yang dah berjaya dalam perniagaan ni yang dah mengharungi pelbagai suka duka dalam perniagaan kerana hanya dia je yang faham apa yang kita lalui sekarang.
"There is no better way to succeed than to learn from someone who has already done it"
Masih sempat lagi nak buat duit raya gempak dengan Top Leaders Circle. Bila nak raya, dah tentu banyak nak pakai duit nak beli persiapan raya. Bila dah raya pula, banyak juga duit nak guna untuk duit raya ke anak-anak, saudara mara, duit nak guna untuk open house pula. Nasib baik lah Top Leaders Circle ni penuh dengan strategi untuk dapatkan income untuk hari raya. Kalau readers yang nak cari duit raya lebih, atau nak tambah pendapatan boleh contact Zaza ya. Excited nak bantu anda semua cari duit lebih dengan ekonomi sekarang yang semakin tinggi, harga barang yang semakin naik, kita kenalah lakukan sesuatu, takkan nak menunggu bulan jatuh ke riba pulak kan.
The Millionaire Project
Top Leaders Circle
0 comments