Premium Beautiful Memang Selesa Sangat

Tuesday, June 17, 2014

Soalan yang selalu orang tanya Zaza. Bila pakai Premium Beautiful ni selesa ke? Perut tak rasa sendat ke? Boleh ke nak buat aktiviti lain? Makan kena catu ke? Dan macam-macam soalan lagi lah. Okay, Zaza tak salahkan mereka pun sebab mungkin mereka pernah pakai corset lain sebelum ni dan bila pakai corset, membataskan aktiviti harian mereka. Ehmm... Zaza tak pasti sebab Zaza tak pernah pakai corset selain dari Premium Beautiful.

Okay, berbalik pada persoalan-persoalan tu, Zaza memang nak sangkal 100%. Semua tu memang tak tepat langsung.

Zaza memang tak pernah catu makanan. Rasa nak makan, makan je tanpa teragak2. Tak da pulak rasa senak perut bila pakai Premium Beautiful ni. Nak bergerak pun senang. Kiranya langusng tak mengganggu aktiviti harian Zaza.







Kan selesa tu? Nak main bowling pun tiada masalah dengan Premium Beautiful. So memang Zaza nasihatkan kepada sesiapa je yang ada set Premium Beautiful ni, lebih baik pakai sekurangnya 8 jam sehari 7 hari seminggu. Sebab apa tau, rugi lah beli tapi jadi perhiasan je dalam almari. Kalau macam tu memang lah tak berkesan, kalau setakat pakai sekali sekala je.

Macam baru ni Zaza hantar BB Plus ke client dan dia pun beritau Zaza yang dia ada set Premium Beautiful ni, beli 2 tahun lepas, tapi jarang pakai. Sekarang dah ada anak 2, dan dah tak muat dah Premium Beautiful tu. Aduh, ruginya Zaza dengar. Kalau lah dia pakai secara konsisten sejak 2 tahun lalu, sudah tentu lah badannya cantik walau ada anak 2 sekalipun. dia pun beritau Zaza yang dia rasa menyesal tak pakai.  So kepada anda di luar sana, sila pakai Premium Beautiful anda ya. Kalau tak pakai memanglah sampai bila-bila pun takkan dapat bentuk badan idaman, dan memanglah akan keluar statement Premium Beautiful tak berkesan.

Bukan susah pun, cuma pakai je. Bukannya suruh anda berlari 100 meter ke atau angkat berat pun :)


You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews