Weekend Dengan Top Leaders Circle - Part 3

Friday, March 28, 2014





Ok, excited nak cerita weekend bersama Top Leaders Circle baru ni. Balik dari seminar semalam nya tu, terus pergi Ampang Park cari dress untuk acara esoknya. Yes, anugerah SM/SSM bagi meraikan mereka yang mendapat pencapaian SM/SSM. Alhamdulillah, pertama kali join acara ni, terus dapat naik pentas. Tu yang agak bersemangat tu.





Ok, I'm ready to SM/SSM award. Makeup hari tu CT yang tolong makeup. Thank you CT, nanti boleh lah suruh CT makeup kan lagi ya :)


Majlis berlangsung sangat meriah dan lancar. Seronok tengok masing-masing bergaya sakan. Rasa seronok bila company buat majlis sebegini sebagai menghargai kami semua.





Sangat excited dan berdebar masa beratur menunggu giliran ke pentas sebelum nama di panggil. Teringat pula masa majlis konvokesyen dulu. Hehe..



Nampak tak dah macam nervous tu. Hehe..



Alhamdulillah!
Sampai saat ini, saya masih lagi rasa tak percaya, saya dah capai tahap ini. Memang lah, ada banyak lagi step yang perlu saya tempuh, tapi, ini merupakan permulaan untuk saya berusaha lebih dan lebih. Sebelum ni, saya tak pernah terfikir pun untuk berada di sini, dengan adik-beradik Top Leaders Circle yang lain. Tapi, dengan TLC, hubungan kami yang akrab walaupun sebelum ni tak pernah pun mengenali mereka, memberikan saya satu pengalaman baru yang memang takkan saya lupakan. Dalam TLC, tak pernah ada istilah dengki mendengki malah, kami sentiasa je kongsi ilmu bersama. Orang kata, susah dan senang pun dilakukan bersama-sama. Sayang sangat dengan kamu semua!

Kalau nak ikutkan, saya memang seorang yang pemalu. Pada awal join bisnes ni, saya selalu je rasa tak yakin dan takut-takut. Tapi, berkat sokongan mentor dan rakan-rakan TLC yang lain, alhamdulillah, saya berjaya menepis halangan demi halangan. Thank you TLC! Banyak lagi yang perlu saya belajar. Ini merupakan tangga pertama saya untuk terus mencapai ke tahap yang tertinggi. Semoga masa depan bersama TLC ni akan lebih gemilang.


Wah, baru tulis ni, tapi dah rasa sebak dan terharu. Terharu dengan kesungguhan mentor dan rakan-rakan lain yang banyak membantu. Jasa korang semua, takkan saya lupakan sampai bila-bila.


Tahniah Kak Dyna! Terima kasih mentor Salha Zain dan Salleha Roslan atas bimbingan :)





Dengan Kuna, surirumah yang juga dapat anugerah hari itu. Memang saya kagum dengan semangat Kuna. Tahniah Kuna!


Iynas pun dapat anugerah hari tu! Tahniah Iynas! Lepas ni kita buat lagi ya :)



Dengan mentor Ana! Saya memang suka dan kagum dengan kesungguhan Ana dalam membimbing saya selama ni. Ana memang banyak membantu saya.



Dengan Nuzul. Nuzul pun banyak tolong saya dan orang yang bertanggunjawab dalam membentuk saya dalam business ni jugak. Terima kasih Nuzul!


Dengan mentor Salleha Roslan. Memang banyak tolong saya. Memang banyak terhutang budi dengan dia. Terima kasih Salleha, atas bimbingan selama ni. Tak tahu macammana nak balas semua tu! Saya memang kagum dengan beliau. Walaupun bekerja dan mempunyai 3 anak, tapi beliau sentiasa je ada masa untuk keluarga dan juga business. Memang superpower sungguh. Memang idola saya lah.



Dengan mentor kamikaze CDM Salha Zain. Ni pun salah seorang yang saya kagum dan respect. She is a great mentor! Tak hairanlah bila beliau dinobatkan sebagai ikon sohonista Malaysia.


Ok, jom tengok sebahagian lagi dari gambar-gambar yang sempat diambil pada majlis tersebut.



Kami adalah TLC. TLC adalah kami!
I love TLC!








Sayang korang semua! Terima kasih sebab jadi sebahagian dari kehidupan saya.






Best sangat hari tu. Penat untuk 3 hari langsung tak terasa. Memang seronok bila berada bersama dengan keluarga Top Leaders Circle.



Tahniah kepada semua penerima anugerah. Ini permulaan langkah kita. InsyaAllah, kejayaan akan sentiasa mengiringi kita semua.



Nak jadi sebahagian dari keluarga Top Leaders Circle?
Hubungi Zaza 019-3075397

You Might Also Like

2 comments

  1. jom kak zaza kita buat lagi sesama sampai diamond dan cdm. yoshh!! love you kak zaza <3

    ReplyDelete
  2. jom iynas!! Sila beri tunjuk ajar ;)
    luv u too..
    muah muah :)

    ReplyDelete

Followers

Total Pageviews