Weekend Dengan Top Leaders Circle - Part 2

Wednesday, March 26, 2014

Okay, ini cerita hari Sabtu pula. Walaupun semalamnya tidur lewat, ya lah mana taknya, habis kelas pun, tapi masih tak boleh tidur sebab kata-kata semangat CDM Hamisah masih lagi terngiang-terngiang, tapi, Sabtu tu tetap bersemangat nak menghadiri seminar pertama anjuran kami Crown Diamond Project di bawah Top Leaders Circle. Seminar diadakan di International Youth Club dekat Cheras. Pagi-pagi lagi dah berada di sini untuk menimba ilmu baru pula.



Ok, tengok tajuk seminar pun dah buat excited. Belum dengar speaker berucap lagi.  




Comel tak measuring tape ni? Ha, baru semangat nak ukur client kan. Door gift seminar ialah measuring tape dan juga file. Puas saya, Iynas dan Myra pusing-pusing The Curve nak cari measuring tape ni. Seronok tengok rakan-rakan lain teruja bila dapat door gift ni.



Iynas sekali lagi kena bekerja hari ni. Emcee pada sebelah pagi.



Simaa ambil tugas sebagai speaker untuk produk superbrand Premium Beautiful. Memang seronok dengar Simaa berucap. Banyak tips yang Simaa kongsikan dengan kami semua. Memang takkan pernah jemu dengar pasal produk Premium Beautiful ni. Produk yang sudah lebih 20 tahun di pasaran ni, dan mendapat pengiktirafan superbrand ni memang dah banyak berjasa pada kaum wanita. Masalah wanita hampir semua dapat diselesaikan. Hebat kan produk ni.



Dalam seminar ini juga, kami diajar cara ukur Premium Beautiful yang betul. Ini penting supaya Premium Beautiful yang dipakai tak tersalah saiz. Kalau salah saiz, itu yang jadi lemak tu tak teralih dengan betul.



Masing-masing pun seronok dapat rasmikan measuring tape comel tadi. Excited nak ukur dan praktikkan apa yang Simaa terangkan tadi.



Ok, ini sesi seterusnya, produk Bio Velocity Sleepmate (BVSM) oleh Kak Dyna. Kak Dyna ni memang expert pasal BVSM atau nama glamournya 'tilam kuat'. BVSM ni akan mempengaruhi pengaliran tenaga malah menyihatkan badan dengan  mencapai tahap kesihatan yang sempurna, mengimbangkan dan meningkatkan keseluruhan aktiviti badan dan minda.



Ini demo untuk BVSM ni. Kalau secara logik, bila berdiri sebelah kaki dan tangan sebelah dijatuhkan ke bawah, sudah tentulah kita akan jatuh kan. Tapi bila BVSM diletakkan di hadapan, dengan gelombang tenaga dari BVSM ni, bila kak Dyna cuba jatuhkan tangan Maiza, tak berjaya pula. So, memang hebatlah BVSM ni. Itu pasal ada yang panggil tilam kuat, sebab automatik badan kita pun jadi kuat bila tidur atas BVSM ini.



Sesi selepas makan tengah hari lebih berat pengisiannya. Saf bercerita tentang  kompas kejayaan dan kekayaan di dunia dan akhirat.



Ini sesi seterusnya, dari bonda Salleha. Kuasai pemasaran, rahsia menarik pelanggan. Memang masing-masing dah rasa panas terbakar dan tak sabar-sabar dah nak terus bertindak. Memang orang kata, bisnes ni sangat mudah. Cuma tiru je apa yang mentor buat, insyaAllah kita pun akan jadi seperti mereka. Senang-senang je boleh dapat income sehingga 5 angka. Wow! Siapa taknak kan? Kalau kerja sekarang ni pun, nak dapat 5 angka, nak kena kerja berapa tahun baru dapat macam tu?



Sesi kedua tu, Ana ambil alih tugas Iynas sebagai emcee. Ana memanaskan lagi kami-kami yang sememangnya dah terbakar dari tadi. Hehe.



Jemputan khas CDM Salha Zain. Beliau bagi banyak kata-kata semangat dan tips bagaimana nak berjaya dalam business ni. Saya memang suka dengan aura  CDM Salha Zain ni. Memang kami semua waktu tu, semangat dah berkobar-kobar dah nak cuba buat sehabis baik.


Barisan speaker hari tu.



Bonda Salleha sampaikan hadiah istimewa untuk CDM Salha.


Eh, untuk Salleha pun ada jugak. :)



Barisan speaker dan emcee. Tahniah uoll semua, memang sampai ke hati :)


AJK seminar hari tu :)



Yeay, semua pun rasa excited



Semua pun kusyuk :)


Penuh nota meja kami :)



Thank you CDM Salha, luangkan masa untuk seminar kami :)

Alhamdulillah. Kami adalah TLC, TLC adalah kami.


Kalau nak join dalam family TLC, jangan segan silu contact Zaza 019-3075397. Meriah dan happening, dalam masa yang sama, masing-masing sentiasa bantu membantu. 

Balik seminar ni, terus siap sedia cari baju untuk acara esok pulak. :)



You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews