Tips Untuk Rambut Sihat

Wednesday, February 26, 2014

Rambut yang sihat dan cantik sudah semestinya menjadi idaman setiap wanita. Ada yang sanggup berhabis beratus ringgit semata-mata untuk pastikan mahkota wanita ini sentiasa sihat dan cantik. Ketahui cara ringkas untuk rambut yang kekal sihat dengan tips berikut;


1. Ikan salmon dan telur antara sumber protein yang baik untuk rambut anda.
2. Gunakan shampu dan pelembap yang sesuai dengan jenis rambut. Ingat, jangan selalu menukar shampu!
3. Makanan seimbang dan tidur yang cukup antara faktor penting dengan kesihatan rambut anda.
4. Untuk mendapatkan rambut yang kuat dan panjang, elakkan dari merokok, minum minuman berkafiena juga berkarbonat.
5. Jika anda berambut panjang, trim setiap enam hingga lapan minggu untuk membuag cabang pada hujung rambut.
6. Gunakan sikat yang diperbuat daripada bahan semulajadi untuk mengurangkan kerosakan rambut.
7. Kala menggunakan pengering rambut elektrik, elakkan daripada menggunkan suhu yang paling panas.
8. Campurkan sebiji telur bersama sedikit shampu dan biarkan selama lima minit untuk bekalan sumber protein.
9. Semburkan wangian kegemaran anda bersama gel rambut supaya rambut anda sentiasa kekal harum.
10. Balutkan rambut selepas mandi dengan tuala untuk mengelakkan rambut bercabang.

You Might Also Like

0 comments

Followers

Total Pageviews