Workshop Top Leaders Circle 2013
Tuesday, December 17, 2013
Baru-baru ini, Crown Diamond Project (CDP) di bawah group Top Leaders Circle (TLC) telah mengadakan workshop untuk meningkatkan lagi asas kemahiran kami tentang produk Premium Beautiful dan Bio Velocity Sleep Mate yang memang tengah hot dan mendapat sambutan hangat ni. Dan juga business plan bagi merangka plan untuk kami semua yang ingin mencipta kejayaan di bawah TLC. Workshop yang diadakan secara santai dan relaks ini memberi peluang kepada kami untuk menambahkan lagi pengetahuan tentang produk dan sohobiz.
Simaa sebagai speaker pertama memberikan penerangan mengenai produk superbrand Premium Beautiful
Ok, ini rumusan daripada workshop tersebut.
Premium Beautiful ni sememangnya ialah magic corset. Sebab, banyak betul manfaat yang kita boleh dapat dari Premium Beautiful ni. Bukan saja untuk kecantikan, tapi di reka untuk 70% kesihatan dan 30% kecantikan menggunakan teknologi FIR. Apakah FIR ni?
- membantu membetulkan dan memulihkan sistem saraf
- membantu membetulkan salur darah
- membantu membetulkan dan memulihkan sistem pernafasan
- membantu meningkatkan kadar metabolisme
- membantu mengurangkan lemak, bahan kimia dan toksin
- membantu mencegah pertumbuhan bakteria
- membantu mengekalkan kepanasan suhu badan
Memang saya recommend la dekat semua wanita. Sebab, cantik bukan dengan nampak kurus, tapi kenalah sihat juga.
Produk kedua pula ialah Bio Velocity Sleep Mate. Ia merupakan pelapik tilam di mana ia di suntik dari tenaga tulen semulajadi daripada matahari. Antara kelebihan BVSM ni:
- merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf satu badan
- melancarkan peredaran darah
- detox
- meningkatkan metabolisme
- menstabilkan hormon
- meningkatkan aura dan energy positif tubuh
- membuang aura negative atau ion2 negatif dalam tubuh
- menstabilkan emosi dan mengurangkan tekanan
- awet muda
Kak Dyna, speaker kedua bersemangat bercerita mengenai kebaikan tilam pelapik Bio Velocity Sleep Mate
Yang ni senang, cara nya kita cuma perlu tidur atas pelapik ni. Tidur pun akan jadi lebih berkualiti dan bangun pagi rasa segar je. Banyak testimoni yang best dengan guna bio velocity sleep mate ni. Ada yang daripada kena stroke, dah boleh berjalan. Nanti saya akan tulis panjang lebar lagi tentang bio velocity sleep mate ni dalam entry lain.
Lepas tu, kami diberi pula business plan untuk takwim seterusnya dan memberi lebih pemahaman kepada kami mengenai perjalanan business ni. Memang banyak plan dan aktiviti yang dirangka khusus untuk kami. Rasa seronok berada dalam group ni sebab, segalanya dikongsi bersama. Tak timbul langsung tentang individu, tapi semuanya secara berkumpulan. Strategi-strategi pula memang sentiasa dikongsi bersama.
Our mentor Salleha tempat kami sama-sama menimba ilmu turut berkongsi business plan untuk sama-sama memajukan lagi business kami
Seronok dengar business plan dari Ana, leader yang memang penuh dengan idea-idea untuk mengembangkan lagi sayap kami
Sebelum balik, seperti biasa kami nyanyi lagu semangat, Fikirkan Boleh. Memang dalam setiap apa yang kita lakukan, kenalah ada keyakinan dan kesungguhan. Tak boleh ada unsur2 negatif dalam permikiran. Ha, ni saya suka. Sejak saya join bisnes dengan TLC ni, saya rasa lebih bersemangat setiap hari mungkin sentiasa dikelilingi orang-orang yang berfikiran positif.
Best sangat berada dengan group TLC. Banyak perkongsian dari leaders yang juga bersemangat nak anak-anak buahnya mendapat kejayaan seperti yang pernah mereka dapat. Yang paling istimewa, hubungan yang akrab antara kami walaupun baru je mengenali mereka dan datang dari pelbagai negeri.
Ratu Premium Beautiful dalam group kami
Walaupun tengah sarat mengandung, Ana tetap turun padang nak kongsi idea dengan TLC
Workshop pada hari itu berjaya memberikan kami pendedahan tentang perjalanan business ini, dan mudah untuk kami menjayakannya.
Sebenarnya nak berjaya sangat mudah. Ikut je cara mereka yang dah berjaya.
Zazalina
019-3075397
0 comments