Success dengan Top Leaders Circle
Sunday, December 22, 2013
Hai uoll semua. Hari ni saya nak cerita mengenai bagaimana saya boleh terjebak dengan perniagaan online dengan group Top Leaders Circle (TLC). Bagaimana sekarang ni, impian saya adalah untuk mencipta kejayaan bersama Top Leaders Circle.
Sebelum ni, saya memang tak pernah terfikir untuk buat business online. Saya memang tak pandai nak berniaga. Malah, nak jual sebatang pen pun memang tak pernah. Tapi apa yang membuatkan saya tiba-tiba tergerak untuk join business ni sebab perbelanjaan dan gaya hidup sekarang ni yang semakin meningkat. Bayangkanlah, RM1 sekarang ni dah tak sama dengan RM1 dulu-dulu. Dulu, harga kuih cuma 20 sen, sekarang ni mana nak dapat lagi. Dulu nak beli gula-gula boleh dapat 3 dengan 10sen. Sekarang ni, ada ke benda yang boleh dapat dengan 10sen? Cuba kalau kita bawa RM100 pergi shopping. Sekelip mata pun dah boleh habis RM100 tu. Kalau dulu RM100 tu boleh lah nak beli macam-macam kan. Ha, itu yang menyebabkan saya tiba-tiba tergerak hati untuk buat side income. Kadang-kadang tu penat bekerja makan gaji, tapi nak buat saving tu memang susah nak buat disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan seharian kita dan peningkatan harga barang yang memang tak dapat nak dielakkan.
Apa yang membuatkan saya tertarik hati dengan Top Leaders Circle ni, pertamanya dia ialah business yang bermentor. Maknanya, dalam group ni, semua yang kita lakukan adalah dari tunjuk ajar mentor, dan kita sebagai protegee ni, ikut je apa yang mentor dah buat. Mentor ini ialah orang yang dah berjaya cipta kejayaan terlebih dahulu dari kita dalam perniagaan ni. Mereka sentiasa bimbing kita tak kira masa. Itu yang special nya dalam TLC ni. Nak dapat income berapa, semua kita sendiri yang tentukan. Nak dapat income 5 figures pun bukan perkara yang mustahil, sebab semuanya dah mereka buktikan dalam TLC ni. Ye lah, macam yang saya cakap tadi, saya memang tak pandai nak menjual barang. Tapi bila saya dalam group TLC ni, mereka berikan free couching dan free training pula kat saya bagaimana saya nak gunakan social media untuk saya gunakan dalam business online ini.
Top Leaders Circle
CDM Salha Zain, yang diberi gelaran ikon sohonista Malaysia
Selain dari itu, penaung TLC sendiri, Salha Zain, dianugerahkan sebagai icon sohonista Malaysia. SOHONISTA yang merupakan singkatan bagi ‘small office, home office’ dan dari wanita untuk semua diperkenalkan secara rasmi, oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Malaysia pada 16 Februari 2013.
SOHONISTA adalah platform juga penggerak bagi membantu usahawan online mempromosikan produk perniagaan disamping memberi kumpulan ini pendedahan ilmu perniagaan percuma secara online. Ia juga berperanan sebagai perantara kepada agensi kerajaan untuk mengetengahkan isu isu dan pandangan berkaitan industri SOHO di Malaysia. Itu yang membuatkan TLC ni sangat special di mata saya sebab kerajaan sendiri mengiktiraf penglibatan TLC ni dalam membantu wanita-wanita yang ingin menjalankan perniagaan online.
Saya memang rasa keputusan yang saya buat ini memang tepat. Rugi rasanya saya tak jumpa dengan TLC ni dari dulu. Banyak sangat perkongsian ilmu yang saya dapat dalam TLC ni. Yang best, berada bersama TLC membuatkan saya lebih positif. Mungkin dikelilingi mereka yang beraura positif membuatkan diri saya pun jadi ke arah positif dan sentiasa bermotivasi dari hari ke hari.
Sekarang ni, alhamdulillah, masalah ekonomi dah tak jadi masalah seperti sebelum ni. Takdalah nak sekat-sekat keinginan nak beli itu ini. :) Tapi tujuan utama saya join ialah ingin beri kesenangan kepada mak saya. Walaupun ada pekerjaan tetap, tapi rasa seronok jalankan perniagaan ni.. Memang tak rugi lah masa dan tenaga saya sebab semua tu akan dapat imbuhannya. :) Saya percaya, semua orang pun ada impian masing-masing kan?
Dan yang paling istimewa, hubungan yang erat antara kami adik beradik TLC yang buatkan saya lebih jatuh hati dengan TLC. Sentiasa membantu antara satu sama lain. Kerana masing-masing mempunyai tujuan dan matlamat yang sama. Mencipta kejayaan bersama Top Leaders Circle.
Uoll yang kalau rasa terbeban dengan ekonomi sekarang dan teringin nak ubah hidup, nak ubah ekonomi keluarga, bolehlah join TLC. Ini memang tempat yang sesuai untuk kita ubah ekonomi dan gaya hidup kita. Sampai bila kita asyik nak merungut harga barang naik, tapi kita sendiri takda usaha nak ubah pendapatan kita. Tiada siapa pun yang boleh tolong kita, kalau kita sendiri tak nak tolong diri kita sendiri.
Di mana-mana pun, mentor sentiasa ada untuk turunkan ilmu, tinggal kita nak jalankan je
Banyak menganjurkan aktiviti ilmu untuk memantapkan lagi diri kami dalam business ni. Yang bestnya, semuanya FREE ok :)
Yes, we love TLC!
Anda pun boleh bersama-sama kami jika anda seorang yang ingin mengubah masa depan anda. Dengan TLC, semua impian boleh jadi nyata. :)
Kalau berminat nak tahu lebih lanjut tentang TLC dan bagaimana untuk mencipta kejayaan bersama Top Leaders Circle, boleh contact saya.
Zazalina
019-3075397
0 comments